Assalamualaikum
dari auc dot com

Gambar dari GSMArena.com
Sebelum ini berbagai pihak mengecam Nokia 808 PureView dengan kamera 41 megapixel sebagai satu pembohongan [link], namum kini Nokia mengotakan apa yang dikatakan bagi menutup mulut-mulut pengkritiknya.
Nokia mengumumkan akan melancarkan Nokia 808 PureView di bulan ini. Ini merupakan smartphone yang sebelum ini dipamerkan di Mobile World Congress, Barcelona, Sepanyol, smartphone dengan teknologi yang mampu mengambil gambar 41 megapixel.
Dipetik dari laman TechRadar, Nokia akan melancarkan telefon berasaskan Symbian ini di beberapa pasaran yang terpilih. Ada dua negara yang menjadi pilihan utama Nokia adalah Rusia dan India.
Tidak dijelaskan tarikh berapa Nokia akan melancarkan 808 PureView. Belum diketahui juga pada bila-bila telefon ini siap dilancarkan di Eropah, Amerika Syarikat, dan negara-negara lain.
Meskipun begitu, ada yang meramalkan 808 PureView akan keluaran tarikh 7 Mei 2012 di United Kingdom.

“PureView telah meningkatkan standard prestasi gambar di industri smartphone secara keseluruhan dan Nokia tidak akan berhenti di sini,” kata Ketua Smart Devices Nokia, Jo Harlow.
“Kami akan teruskan untuk mengembangkan PureView untuk masa depan smartphone kami dengan pelbagai cara,” katanya.
Nokia 808 ini menggunakan sensor resolusi tinggi 41 MP, optik Carl Zeiss dan teknologi pixel oversampling. Ini bererti walau menggunakan resolusi standard 5 MP, gambar tidak pecah saat di-zoom, kerana sensor super-high-resolution yang dimiliki mempunyai starting point 7728×5368 pixels, atau setaraf 41 MP.

“Orang-orang akan mengira fokus hingga sensor 41 megapixel. Padahal lompatan kuantum sesungguhnya adalah bagaimana pixel itu digunakan untuk mendapatkan gambar dengan high baik dalam resolusi apapun,” demikian keterangan yang disampaikan Nokia.
Nokia 808 juga dilengkapi video HD 1080p video recording dan playback, dengan kemampuan lossless zoom hingga 4 kali ganda.
Sebagai smartphone, Nokia 808 pun mempunyai kemampuan menyesuaikan saiz compact, sehingga mudah untuk di-share melalui e-mel, MMS, dan rangkaian sosial.
p/s: nak tengok Mark Thackara, National Marketing Manager Olympus makan topi, ini janji dia kalau Nokia boleh keluarkan smartphone 41 megapixel ni… [link]
This post has been viewed 614 times.
Resolusi yang ada pada telefon ini lebih besar jumlah daripada kamera DSLR. Saya tidak pasti tujuan Nokia berbuat demikian kerana pengunaan resolusi tinggi akan menyebabkan noise pada gambar yang diambil nanti.
akubiomed recently posted…Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar
pastikan beli memroi kad yg besar..dua gmbr jer dh nk 100mb..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…Rugbi dan Lelaki Kacak
bkn, n2 la kelebihan PureView ngn superpixel, 1 gmabr juz dlm 10mb je
41 megapixel!!hebatnya!!
Teringin nak tahu prestasinya
dan yang paling penting ialah harga yang ditawarkan.. Kalau terlalu mahal tentu sukar mendapat tempat dikalangan pengguna.
anif recently posted…Samsung Galaxy S III – Lebih Besar Dan Lebih Bijak
harga jg memainkan peranan sebenarnya