Siapapun tidak menyangkal bahwa Nokia adalah salah satu syarikat besar yang mendominasi pembuatan telefon bimbit dan handset di dunia ini. Namun sejak akhir-akhir ini populariti Nokia makin menurun kerana bersaing dengan syarikat besar yang lain, seperti Apple dengan iPhone atau Google dengan Android mereka.

Bagi mengembalikan kedudukan sebagai peneroka industri ini, Nokia cuba mengambil langkah yang ketara. Nokia bersama Intel dan beberapa syarikat lain akan membangunkan sistem operasi bernama MeeGo, tapi baru dikeluarkan oleh Nokia. Malah Nokia juga menjalin kerjasama dengan Microsoft dengan melancarkan smartphone berasaskan Windows Phone 7.

Tapi kali ini yang dibahas adalah hal menarik berkaitan dengan smartphone Nokia, di mana Nokia yang terbaru umumnya menjalankan Windows Phone, tapi pasukan pemaju Android bernama NITDroid berjaya melakukan hack terhadap Nokia ini. Salah satu anggota yang berjasa adalah Alexey Roslyakov. Dia dulu pernah melakukan port seperti ini di Nokia N900, dan kali ini dia melakukannya di Nokia N9.
Huh memang hebat, Android yang dimasukkan ke Nokia ini adalah Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich. Namun dilihat dari forumnya, projek ini belum sepenuhnya selesai, apakah kalau sudah selesai akan merancang dijual atau sekadar projek cubaan saja? Kita lihat saja nanti. (via The Verge)
This post has been viewed 15425 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


salam..

nampak menarik dan canggih
model nih..produk baru yang bakal
bersaing dengan model smartphone
lain di pasaran nanti
zulkbo recently posted…Foto Memilukan Samuel Aranda Menang World Press Photo 2011
semakin canggih dah gajet2 le ni
nok beli hok lama boleh guna lagi
cuba ikut perkembangan semasa je
auc dot com recently posted…Kelantan vs Terengganu | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
bro ada 12gps…he he. hebat2
boleh tengok kat blog gps kome
http://lokatoogpslaunchpad.blogspot.com/
tapi lama x update hehehe

auc dot com recently posted…Nokia N9 Guna OS Andriod 4.0 | Ice Cream Sandwich
Heheh AUC ada niat lah tu nak tukar OS
Projek macam ni kalau dibuat oleh Nokia sendiri memang terjamin. Sebab ramai developer akan sokong pembangunannya.
Apapun, memang hebat diorang ni. Tak ada benda yang mustahil zaman teknologi sekarang ni..
kalau tau cara memang nak cuba buat jugak hehehe (Y)
pernah satu ketika dulu org gelak kat aku,

mana boleh isi gps lain kat exora punya gps. Masa mula exora keluar dulu.
aku study try and error, berjaya! masa tu Garmin mula2 aku boleh masuk kat gps exora tu. maka gempar forum exora seketika. sekarang gps exora aku ade 12 gps kat dalamnya,ternganga org yg gelakkan aku dulu…siap aku ada script lauchpad GPS sendiri kat blog gps aku yg kini terbiar…kerana tak pernah update lepas kena warning oleh pihak tertentu (rahsia) atas dasar hak cipta terpelihara hahaha padan muka aku…
auc dot com recently posted…Nokia N9 Guna OS Andriod 4.0 | Ice Cream Sandwich
Biasanya projek macam ni untuk suka-suka sahaja.. Maklumlah tak semua fungsi dapat berjalan dengan lancar.
Apa pun ini adalah satu projek yang menarik untuk diikuti perkembangannya.
anif recently posted…Zoo Johor – Bahagian 2 (2012)
harap dia ada buat panduan nak masuk andriod kat nokia tu

auc dot com recently posted…Nokia N9 Guna OS Andriod 4.0 | Ice Cream Sandwich