ألسلام عليكم

Semasa tinggal di asrama di Pekan sekitar tahun 1993 banyak sungguh kenangan pahit manis telah dilalui selama bergelar pelajar asrama nih. Pengalaman kena denda di sekolah banyak, kalau setakat kena pulas telinga, ketuk ketapi tu biasa je. Nak cerita yang ada nilai atau moralnya sikit (buat salah ada moral ke?). Pengalaman yang paling mencetuskan kontroversi ialah lompat pecah pagar sekolah. Sesiapa yang tak ada pengalaman kena denda kat sekolah memang tak best alam persekolahan dia dulu.
Kisah bermula di mana salah seorang dari rakan di asrama kami telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jordan. Jadi sebagai kawan yang diajar dengan semangat setia kawan maka kami pun berpakat untuk sama-sama menghantarnya (bertemu) di lapangan terbang Subang ketika itu.
Kami telah bersiap sedia untuk pergi ke Kuala Lumpur dengan menyewa lima buah kereta, seramai 20 orang berani mati (termasuk beberapa orang pengawas) untuk menjalan misi ini dan tahu akibatnya jika sampai kepengetahui warden.
Dengan meloloskan diri melalui pagar sekolah yang memang dah pecah (tak tau siapa yang buat heheheh) kami terus bergerak dari Pekan ke KL seawal pagi lagi bagi mengelak kegiatan kami di kesan.
Terkena pulak hari kawan akan berlepas ke Jordan jatuh pada hari sekolah, maka jelas ketara dengan ketiadaan geng-geng atau kaki bising kat sekolah, dan telah sampai kepengetahuan warden dan guru besar ketika itu.
Kami dapat bertemu dengan rakan kami tersebut di Lapangan Terbang Subang. Sebelum balik sempat jugak jalan-jalan kat Bukit Cerakah (kira glamer la ketika itu) tu gambar kat atas.
Sekembalinya kami ke asrama, rupanya heboh dah cerita pelajar pecah pagar pergi ke KL. Dan kami diberitahu kami akan dipanggil esok hari. Sebagai lelaki yang kacak (pakai ayat earncent.com) lagi bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan kami semua terima seadanya.
Hari yang ditunggu telah tiba sewaktu perhimpunan semua pelajar sebelum masuk kelas nama kami semua dipanggil seorang demi seorang ke hadapan tempat perhimpunan dihadapan semua pelajar dan guru-guru ketika itu. Hukuman yang kami semua terima ialah tiga kali sebatan kat punggung (berbekas merah jugalah). Hukuman sebat dilakukan oleh guru disiplin yang cukup kami hormati ketika itu (Ulamak gelaran kami beri).
Itulah pengalama kena denda di sekolah yang tidak pernah dilupakan hingga ke hari ini. Berkorban demi rakan (niat baik tapi cara kami salah). Al Hamdulillah semuanya menjadi “orang”, ada diantaranya menjadi Tok Kadi, Pendidik, semua berjaya ketika ini.
Sebenarnya ada kisah pengalaman kena denda di sekolah yang brutal sikit iaitu pernah digantung sekolah dan asrama selama 1 minggu dengan dengan SPM, nak cerita panjang juga sangat weh, biarlah terpahat dalam memori ini.
Itulah serba sedikit diantara pengalaman kena denda di sekolah, kenakalan dulu tidak merosakkan diri, bukan kena denda sebab merokok, ponteng sekolah, bergaduh, hisap dadah, merosakan anak dara orang jauh sekali. Sehingga sekarang kalau berjumpa dengan guru-guru kami dahulu kisah inilah mengingatkan mereka kepada kami semua ni. Semua kenakal di sekolah dulu sampai sekarang ni, emak dan abah kome tidak tahu cerita ni, kalau dulu tu mampos kena tibai pulak kat rumah. Panjang pulak melalutnya.
Minta Maaf sahabat semua mencerita semua kisah silam ni, sekadar untuk berkongsi menerusi pertandingan SEO untuk menguji sejauh mana prestasi blog auc dot com dalam permainan SEO ini dengan hosting baru sehari nih. Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah ini dianjurkan oleh oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com.
Tagged Kena Denda, Pengalaman, permainan seo, Sekolah, SEO
Ini tentu sudah nekad tidak kira apa yang bakal ditempuhi kemudian hari. Selamat berjaya bro.
hehe buas ye…AUC budak kuliah ke?
Aina recently posted…Di mana letaknya titik tengah semenanjung Malaysia?
adeeh kantoi


ni mesti budak kuliah jg nih
auc dot com recently posted…Kelantan vs Kuala Lumpur | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
Kena sebat ye. Ada lagi ke tanda sebatan tu?? hehehe
zool recently posted…Nama ‘Malaysia’ bakal terpampang di Stadium Wembley
x de weh

pandai seluar 4 lapis
sepender 6 lapis
mana ade kesan hehehe
auc dot com recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Hahaha… boleh tahan AUC dulu-dulu yer.. nakal jugak

Jomtonton recently posted…Resepi Emak : Bihun Sup Power
bukan nakal
buas je (Y)
auc dot com recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Erm, aku pernah keluar keluar dari hostel secara haram sekali saja. Ikut kawan pergi makan dekat kedai orang Indon. Tapi tak kantoilah. Kawan aku semua dah expert bab fly keluar hostel ni.
Cuma aku dan beberapa kawan aku saja pada waktu itu yang tak perly fly keluar dari hostel. Perasaan cuak tu tak usah katalah…
pengalaman payah nak jumpa dah tu

lebih kurang kita lah
auc dot com recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah
salam..

ha ha..masuk je contest
dah muka depan nih..hebat
wellcome to the contest
zulkbo recently posted…Di Bandar Leka Sekejap Pun Kereta Disambar Penyamun
wa alaikum salam
baru baru je pulih nih
baru masuk semula contest selepas contest deme buat tahun lepas huhuhu :present:
auc dot com recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Uishh…bertamboh ramai dah pencabor ni wehhh…hehehe
yas recently posted…Kehidupan Adalah Satu Perjuangan…
lagi ramai lagi best
baru meriah :computer:
auc dot com recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah
wahh, memang kes berani mati punya ni. hehe..
ohcikgu recently posted…Aksi Panas pelajar sekolah – Pengalaman kena denda di Sekolah
nakal tapi tak memusnahkan diri sendiri
)
auc dot com recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah