Home » NUR ISLAM » Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

ramadhan 2013 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan hampir tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pastinya kegembiraan bersinar dalam jiwa setiap orang islam dalam menyambut datangnya bulan yang mulia ini. Segala persiapan sudah mula dilakukan sejak dari dua bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Sya’ban.

Apakah yang paling utama perlu dipersiapkan menjelang ramadhan ini? Jawapanya adalah NIAT, kerana dalam melaksanakan semua ibadah wajib dan sunat yang berlandaskan syari’at niwaitu kitalah yang menentukan segalanya. Puasa sebulan penuh, malamnya bersolat tarawih, serta memperbanyakkan bacaan Al-Quran.

Untuk itu juga keadaan tubuh harus dipersiapkan terlebih dahulu agar tidak “terkejut” dengan perubahan waktu makan ketika mula berpuasa nanti. Contohnya dengan memperbanyakkan puasa sunat di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dua bulan sebelum bulan Ramadhan tiba telah dipraktik dengan puasa sunat.

Hadis yang menunjukkan keutamaan puasa di bulan Sya’ban adalah:

Aisyah r.a mengatakan “Nabi s.a.w. dalam setahun tidak berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Sya’ban, lalu disambung dengan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat: Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih).

Banyak lama web kesihatan yang mensyorkan untuk mengekalkan stamina tubuh badan dengan memakan makan makanan yang berkhasiat. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan, minum susu serta air kosong ketika berbuka dan bersahur. Jadi di sinilah bermulanya kehidupan yang sihat, berhenti hisap rokok.

Persiapan ilmu juga sangat penting agar ketika menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini semuanya menjadi ikhlas dan sesuai tuntutan Rasulullah s.a.w. Pastinya dengan ilmu yang benar, segala ibadah akan menjadi lebih mantap.

Sambutlah Ramadhan dengan hati yang gembira kerana ada kemuliaan yang besar di dalamnya seperti dalam hadis berikut:

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan didalamnya dan diwajibkan bagi kamu semua berpuasa. Bulan ini Allah s.w.t. membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan diikat. Ada satu malam yang lebih mulia dari seribu malam, dan barang siapa yang dihalangi untuk mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya ia telah diharamkan dari segala kebaikan. “(HR. Nasai dan Baihaqi).

Bulan Ramadhan hampir tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pastinya kegembiraan bersinar dalam jiwa setiap orang islam dalam menyambut datangnya bulan yang mulia ini. Segala persiapan sudah mula dilakukan sejak dari dua bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Sya'ban. Apakah yang paling utama perlu dipersiapkan menjelang ramadhan ini? Jawapanya adalah NIAT, kerana dalam melaksanakan semua ibadah wajib dan sunat yang berlandaskan syari'at niwaitu kitalah yang menentukan segalanya. Puasa sebulan penuh, malamnya bersolat tarawih, serta memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Untuk itu juga keadaan tubuh harus dipersiapkan terlebih dahulu agar tidak "terkejut" dengan perubahan waktu makan ketika mula berpuasa nanti. Contohnya dengan…

Review Overview

Baca al Quran sebanyak mungkin
Banyakkan bersedekah
Banyakkan berzikir

Pastikan

Summary : Selamat menyambut ramadhan al mubarak dari AUC sekeluarga.

User Rating: 3.85 ( 1 votes)
99

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

7 comments

  1. Alhamdulillah ramadhan datang lagi..semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sebelumnya..

  2. Tinggal beberapa hari lagi kita akan berpuasa… Selamat berpuasa… ;)

  3. tahun ini entah kenapa saya begitu antusias menyambut ramadhan, semoga nanti kita bisa menjalankan berbagai ibadah di bulan ramadhan dengan keadaan yanng baik dan sehat :)


  4. Twitter:
    Alhamdulilah kurang seminggu lagi dah masuk Ramadhan
    onlajer recently posted…Cara Mencetak Dengan AutocadMy Profile

  5. Kejap je dah nak masuk Bulan Ramadhan ni


  6. Twitter:
    Emm tak lama dah nak berpuasa..bila dah dekat ni makin sayu jer rasa..entah la mungkin banyak perkara sedih kot yang selalu terjadi di bulan ramadhan..emmm
    Hafizul recently posted…Wordless Wednesday #57 – Perfume Cahaya CintaMy Profile

  7. hanya beberapa hari je lagi
    selamat beramal
    moga2 segala amalan baik kita diterima
    TehR recently posted…Selepas Tamat Belajar Nak Buat ApaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge