السلام عليكم

Pertandingan Tinju Tomoi (Muay Thai) Terbuka Pahang 2011 Imej241

Malam tadi merupakan malam ketiga pertandingan muay thai atau tomoi anjuran Kelab Singa Mas Tanah Putih, Kome kalau ada mana-mana pertandingan seni mempertahankan diri ni yang diadakan sekitar kuantan ni pasti ade muka kome, tak kira lah pertandingan silat ke, tomoi ke, teakwando ke pasti kome datang tengok, sebab kome minat sangat bab-bab seni mempertahankan diri ni.

Pertandingan Tinju Tomoi (Muay Thai) Terbuka Pahang 2011 Imej243

Pertandingan ini berlangsung selama 6 hari di Padang Kemunting MPK (depan TELEKOM). Dalam mana-mana pertandingan seni mempertahankan diri ni tomoi merupakan permainan paling ganas dan extreme, permainan dikira mata KO dalam 5 pusingan. Kalau tak pecah muka, berdarah, patah dan pengsan itu bukan permainan tomoi.

Pertandingan Tinju Tomoi (Muay Thai) Terbuka Pahang 2011 Imej246

Kepada mereka yang berminat dengan seni mempertahankan diri ni moh la ade lagi 4 malam tu, best wehh… ni real punya malam tadi ade pecah muka dan pengsan mengeletek macam ayam kena sembelih.

Pertandingan Tinju Tomoi (Muay Thai) Terbuka Pahang 2011 Imej251

Yang menarik mana pertandingan tomoi nih, kalau lawan dia sakit ke atau pengsan dia akan terus tolong urutkan lawan dia termasuk tok guru lawan sedaya upaya akan menolong lawan yang kena pukul tadi. Semangat setiawan itu yang memupuk persahabatan dalam pertandingan tomoi nih.

Paling minat tengok pertandingan Ultimate Warrior (pertandingan antara semua seni mempertahankan diri) tapi lama dah tak dianjurkan. Tak tau kenapa! katanya ganas sangat dan dikatakan juga hanya dimonopoli oleh aliran tomoi je.

Kome dari aliran silat tapi minat dgn semua seni mempertahan diri

AUC

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

  • abu

    May 2, 2011 #1 Author

    aku rasa mcm nak join je tomoi ni..hahaha

    Reply

    • AUC ™

      May 3, 2011 #2 Author

      rasanya boleh je sbb pada malam yg saya tengok tu ade regu yg tak datang jadi oper pada org yg berani naik pentas

      kalau ade abu mesti naik punya masa tu (Y)

      Reply

  • MDHAFiZ.NET

    May 2, 2011 #3 Author

    wah..1st time dgr nih…bestnya kalau ada disana.
    Salam dr Pulau Borneo :)

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #4 Author

      wa alaikum salam dari semenanjung (Y)

      kat sini terutama sebelah pantai timur biasa menganjurkan pertandingan sebegini

      moh la dtg sini hehehe

      Reply

  • Miecyber

    May 2, 2011 #5 Author

    Sawadeekap..

    Tomoi memang best permainannya…

    Kopkunkap

    Kapalterbang bateri

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #6 Author

      kapkap ikan kap

      tapi kome nengok semua pemain tomoi mukanya ganas2 belaka weh takde lalu nok senyum nye wehhh

      Reply

  • AdamXis

    May 2, 2011 #7 Author

    Assalam…fuuyoohhh…tgk live ker?…x pernah lg tgk secara live…

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #8 Author

      live bro, bersembur darah pecah muka dan pengsan bro memang extreme weh

      Reply

  • akuanakpahang

    May 2, 2011 #9 Author


    Twitter:
    Best juga kalau layan bender gini darah cepat niak :)
    akuanakpahang recently posted…Gambar – Ciuman maut Lee Min Ho dan Park Min YoungMy Profile

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #10 Author

      sekali sekala je layan bende gini bukan sokmo

      Reply

  • AbgAji

    May 2, 2011 #11 Author

    best kalau tengok live, aok tak ngajok yek gi sorang2 jer

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #12 Author

      moh la mlm ni ade lagi tu

      Reply

  • ahmad humairi

    May 2, 2011 #13 Author

    Takut saya teman nak singgah….
    kot-kot tersalah cakap….mesti kena flying kick…huuu

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #14 Author

      idak weh, tu digelanggang je

      Reply

  • zulkbo

    May 2, 2011 #15 Author

    salam..
    erppp..atuk koi dulu
    guru tomoi nih..asal usul
    pattani thailand..di gelar
    hussin “box”..tapi dia tak
    turun ilmu dia ke anak cucu
    kerana arwah takut jadi
    riak bila pandai tomoi
    ni..sentuh sikit nak gojoh
    :)

    Reply

    • AUC ™

      May 2, 2011 #16 Author

      wa alaikumsalam
      huh deme berdarah tomoi rupanya…tabik2 (Y)
      sayang ilmu tu tak diturunkan kepada anak cucunya

      apa2 pun Al Fatihah buat arwah atok deme hussin box

      Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This

Share this post with your friends!