25 May 2013 | 1:05 am
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Ibadah Qurban dan Aqiqah Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Assalamualaikum
dari auc dot com

Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

korban%2Bdan%2Baqiqah%2Bonline Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad, sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :

 Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.

eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :

  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban

Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com  untuk maklumat lanjut.

Firman ALLAH SWT yang ertinya,

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”

(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan seluruh dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang InsyaAllah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, InsyaAllah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.

Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.

Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com 


This post has been viewed 1067 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

7 comments

  1. Saya pernah melakukan Aqiqah untuk anak saya bersama eQurban.
    akubiomed recently posted…Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharuMy Profile

  2. Kepelbagaian sumber untuk menjalankan ibadah sebegini harus dipertingkatkan lagi.. Syabas. Kini sahabat2 mempunyai alternatif terbaik dalam menjalankan ibadah mereka khususnya ibadah korban…
    irsah recently posted…Perlukah Imej Banyak Tambah RM Beli Pakej Hosting Lagi?My Profile

  3. Assalam, Raya Korban pun tak lama lagi… Jom laksanakan ibadat korban… banyak kebaikan yg boleh kita dapat…
    Noorikmal recently posted…Permohonan Bagi Mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013My Profile

  4. Terima kasih info berguna kalau mampu boleh join yak….
    akuanakpahang recently posted…Kajian Mengesahkan Air Berkarbonat Punca GemukMy Profile

  5. Antara yg terbaik dan program yg memberi manafaat kpd pemberi dan penerima….
    Yas recently posted…Tahniah Buat Shila Amzah – Juara Asian Wave 2012My Profile

  6. Bagus bila ada pihak yang menjalankan aktiviti korban merentas sempadan. Pujian kepada eQurban.com yang menjalankan aktiviti ini.
    Encik Anif recently posted…F1 – Sebastian Vettel Menang Di SingapuraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top