Asslamualaikum
dari auc dot com
PM Arah Kaji Semula Seksyen 114A
Dengar berita kat TV tadi PM telah mengarahkan kabinet untuk membincangkan semula Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya sekarang ni.
Yang nak tergelak tu kata PM mengutamakan pendapat orang ramai, dah timbul isu baru kata nak ambil pedilu. Kalau tak bantah alamatnya ramai yang masuk jel nanti.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah digazetkan pada Julai lepas.
Respon Perdana Menteri yang juga pengguna aktif laman sosial facebook, blog dan Twitter itu merupakan satu tindakan yang cepat daripada seorang pemimpin negara apabila sejak beberapa hari ini, akta itu mula mendapat tentangan pengguna internet.
Ialah nanti katakan ada seseorang nak buat khianat kat PM, beri komen teruk-teruk kat FB, Twitter atau blog PM. Kalau mengikut Seksyen 114A tu pengomen tu tak salah PM yang salah. Siapa nak jawab, fikir lah sendiri. Kang jadi undang-undang makan tuan pulak.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk “Stop 114A” itu telah dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet negara ini.
Akta 114A dikatakan bersifat berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu.
Diharapkan PM ambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan masalah dengan adil dan saksama.
- Entri berkaitan Stop 114A
- Soalan lazim berkaitan Seksyen 114A
This post has been viewed 486 times.

aku sokong lah juga mana lah tahu batang hidung kita yg kena
onlajer recently posted…Menyambut Raya sambil Membantah AKTA 114A
Yup…kalau dah ramai yg bantah…gomen kena amik tau…
Yas recently posted…AKTA 114A – AKTA YANG DIBANTAH KOMUNITI INTERNET
Rasanya undang-undang / akta sedia ada sudah cukup baik.
anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #48
akta tu bersifat pedang. boleh kena diri sendiri dan juga boleh kena kat orang lain.
titan recently posted…HAU, HAU, HAU!
salam..
nak dekat PRU-13 nih..
setiap komen rakyat PM
kenalah peka..tidak di HUKUM
nanti
Bagaimana kalau pemilik akaun maya ahli politik kena hack dan identiti mereka disalah gunakan oleh pihak tertentu. Adakah mereka juga turut didakwa seperti termaktub didalam Akta ini?
Eloklah dipertimbangkan semula. Barulah janji dicapati.
memang bagus supaya dikaji semula dengan lebih terperinci.
hatiputera recently posted…PM arah kabinet kaji semula seksyen 114A