22 May 2013 | 2:58 pm
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi

Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc

Buah%2BMulberi Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi

Disebabkan mulberi ini ramai yang sangsi, tak tau, baru tau termasuklah auc sendiri. Ada yang kata ulat la, strawberry tak cukup zat la (ha ha ha) macam-macam la. Jadi auc buat sedikit kajian apakah gerangan sebenarnya MULBERI ni.

Pokok%2BMulberi Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi

Dari Wikipedia Mulberi (juga disebut Bebesaran) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Batang%2BMulberi Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

Daun%2BMulberi Pokok, Buah, Daun, Batang dan Khasiat Mulberi

Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras.

Khasiat Mulberi

  • Pucuknya sedap dibuat ulam. Ulat sutera boleh makan takkan kita boleh makan.
  • Buah mulberi digunakan dalam penghasilan jem dan boleh dimakan segar atau dikeringkan. Rasanya yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu. Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.
  • Dari segi perubatan; ianya bersifat diuretik, antidemam dan anti hipertensi.
  • Ia juga digunakan dalam dos tertentu sebagai peluruh kencing, merawat demam, malaria, batuk, sakit kepala dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Daunnya yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut
  • Variasi Mulberi jenis putih yang kurang menghasilkan buah telah dihasilkan di US untuk kegunaan industri pembuatan sutera dan kini popular sebagai tanaman landskap. Ia dikenali sebagai Morus alba ‘Pendula’.

Semoga apa yang dipaparkan ini dapat memecah segala kebuntuan dalam Wordless Wednesday #35 (Buah Apa Ini?). Sekarang auc dalam proses nak menanam pokok mulberi pulak ni. Sebab pokok ni senang je nak tanam main cucuk je dalam polybeg. Nanti sambung cerita dengan projek penanaman pokok mulberi pulak.


This post has been viewed 1889 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

15 comments

  1. baru nak cuba tanam jugak, da dapat pembekal, just nak cari maklumat cara penanaman yg betul jer nie… :)

  2. blk kampung mesti sop makan sbb mak ada tanam tepi rumah
    rasa masam2 tu yg sedap.. tgk gambar sini terus cair air liur,, hehehe
    Sop recently posted…Casing telefon bimbit original termurahMy Profile

  3. benda yg tak berapa nak cantik ni lah yg banyak khasiatnya. boleh jadi industri tanaman yg baru kat m’sia
    Denaihati recently posted…Blogger Sahabat Bukan Masa Senang SahajaMy Profile

  4. Assalam, tak pernah tengok lgi buah nie?
    Noorikmal recently posted…Gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur Dan Lembah KlangMy Profile

  5. Banyak kegunaan dan khasiat pokok mulberi in.
    akubiomed recently posted…Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.My Profile

  6. Ni kalau makan ni boleh jadi lelaki POWER juga ni :D
    Benjy recently posted…MASALAH HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERIMy Profile

  7. Kalau ada benih molek juga ditanam yak :)
    akuanakpahang recently posted…LOGHAT PAHANG – BAHASA KITA BUDAYA KITAMy Profile

  8. Biasanya tahu minum air mulberri je. :)
    shraqs recently posted…Cara Manual Update Apple FirmwareMy Profile

  9. Boleh beli di mana ya benih pokok mulberi ni, bila baca info lanjut mengenai mulberi ni, macam menarik pula ingin cuba menanam pokok ni..
    Eizil recently posted…Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.My Profile

  10. Yelar tuan, macam ulat sutera.. semoga berjaya dengan projek baru… Ermm bagus juga hampir keseluruhan tumbuhan ini boleh dipelbagai guna.. Masalah serangan penyakit tumbuhan terkini ada ke alami?…
    irsah recently posted…Google Menipu Pengguna Yang Menggunakan Teknik SEO?My Profile

  11. senang ye tanam..nanti update ok
    rizzk recently posted…Lion robohkan kubu ATMMy Profile

  12. Teringat mulberi teringat ulat sutera! :D
    Encik Anif recently posted…Mozilla Firefox 16.0My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top