السلام عليكم
Keenakan rendang bukan saja sekadar dikongsi masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia, malah keenakan turut diakui masyarakat dunia apabila rendang dinobatkan sebagai makanan paling enak di dunia oleh agensi berita antarabangsa CCN.
Tinjuan CNN di laman sosial Facebook selama dua bulan berakhir bulan ni mendapati 35,000 mengundi rendang sebagai makanan paling enak di dunia mengatasi makanan popular di negara lain.
Ia diikuti nasi goreng yang berada ditempat kedua, sate di tempat ke 14, malah asam laksa Pulau Pinang turut tercalon sebagai antara makanan paling enak di dunia.
Lebih membanggakan, makanan yang berasal dari Asia seperti sushi dari Jepun, tom yam goong dan pad Thai dari Thailand berada ditangga ke tiga, empat dan lima dalam senarai tersebut.
Lima yang lain daripada 10 senarai teratas ialah somtam, Thailang; dimsum, Hong Kong; ramen, Jepun; PekingDuck, China; dan kari Massaman, Thailand.
Makanan barat iaitu piza, coklat dan ais krim turut menjadi pilihan yang berada tangga ke-35,25,15 dalam senarai terbabit.
sumber: Berita Harian
This post has been viewed 1189 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi



Untuk pemesanan rendang online boleh dibuka http://www.rendangconnection.com/ lezat, cepat dan ringkas.. terimakasih!
Tak rasa tak tau dah rasa mula terkenang sokmo yak…
akuanakpahang recently posted…Ira disihir guna gambar dalam FB
salam..
ermmm..baru deme tu
tahu yak..?rendang tok
ke rendang biasa weh?
zulkbo recently posted…Hari Ini Sepatutnya Ulangtahun Hari Lahirnya
ish2. nasib baik baru je makan rendang tadi lunch. takde lah terkeliur sangat. hehe.
acha recently posted…Permulaan Untuk Penamat Yang Diimpikan.
wohoooooo… makanan melayu memang terbaek…..
Raya tanpa rendang
seperti mandi tak der air.. hik5 pepatah baru
nurmisnan recently posted…Party Ahead Of Time Exclusive 4 La Senza Members
hebat r Malaysia.popular dengan rendang
rozuan recently posted…KEDING TAK SEMESTINYA SIHAT