Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
بسم الله الرحمن الرحيم
Review Buku: Ilmu Makrifat Peninggalan Tok Kenali Kelantan

Lama dah review buku ni. Tak sempat buat. Kali ini review buku “Ilmu Makrifat Peninggalan Tok Kenali Kelantan”. Buku ditulis oleh Mohd Yusof Che Wook murid sebenar Tok Kenali Kelantan. Buku atau kitab tebal ini dengan 532 muka surat terbitan Penyuluh Hati Enterprise.
Kitab ini adalah ilmu peninggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan ilmu Arwah Tok Selehong Kelantan, yang dipelajari dari Syeikh Daud Al-Fatani, yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Mohd Yusof Che Wook, Bonggol Chica Pasir Mas, Kelantan. Kemudian diturunkan kepada anakandanya Haji Shaari Haji Mohd Yusof.
Kitab Tok Kenali ini mengajak kita menyeberangi sempadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicarakan rahsia ilmu yang tersembunyi di sebalik huruf dan ilmu yang terselindung di sebalik penghujung masa. Menyingkap tabir rahsia Allah yang tenggelam di lautan ghaib.
Kitab Makrifat ini adalah pengembaraan ilmu kalam, menuju binasa, fana,baqa, zuk dan pengembaraan kalam menuju ilmu rasa. Ilmu rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa makrifat kepada Allah Taala.
Makrifat adalah ilmu penyuluh di dalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tak hilang. Sungguhpun tak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.
Peninggalan Tok Kenali ini adalah ilmu yang mudah difahami oleh semua golongan masyarakat dan semua peringkat umur. Ilmu Makrifat Tok Kenali ini adalah ilmu yang tidak perlu kepada guru, sebenarnya guru itu adalah rohani diri sendiri. Segala jawapan kitab ini telah terkandung dengan jelas dan muktamad.
Nak tau segala isinya boleh dapatkan di kedai buku agama (kalau ada). Auc telah mencari seceruk rantau dari Pahang, Terengganu hingga Kelantan. Mula-mula jumpa bahagian kedua kitab ini. Dekat setahun mencari bahagian pertama baru kini ketemui.
Al Hamdulillah telah terkumpul kedua-dua Kitab Makrifat Tok Kenali ini. Kitab ini berharga RM63.00 senaskah. Bagi pengkaji ilmu kaji diri wajib memiliki kitab ni, sebab penerangannya mempermudahkan kefahaman dari kitab-kitab kaji diri orang dulu-dulu.
Update: October 24, 2012 / 10:19:46 PM
Bagi yang telah mencarinya tak dapat-dapat boleh hubungi Hamba Allah ini, sedia membantu anda bukan sekadar mendapakan kitab ni je bahkan boleh bawa bertemu terus dengan Tuan Guru Hj Shaari dengan izin Allah. Nombor tel beliau 019-2120162 yang menggelarkan dirinya hanya Hamba Allah.
Update: December 15, 2012 / 10:28:03 AM
Keluaran terbaru. Pusaka Ilmu Tok Kenali ( Ilmu Makrifat )
sila hubungi 0123440776 / 0124363828 nur .
Penerbit yg sama dikemaskini terbaik.
Review buku sebelum ini:
- Review Buku: Pahlawan Islam Kontemporari
- Review Buku: Bersyukur Saat Diuji
- Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Disebalik Kontroversi

This post has been viewed 3953 times.
boleh la tuan col ustaz saari buat kelaS KT JERANTUT…
salam. Kalau nak tau lebih lanjut psl kelas2 ustaz shaari lawati fb oneselfmastery alhamdulillah dak ikuti kelas ustaz dah 2 tak rugi utk ikut kelas2 dia
Terima kasih atas info yang amat berguna ni

belum berkesempatan bertemu Ustaz Shaari ni
auc dot com recently posted…Wordless Wednesday #37 (Bounce Rate 0.00%)
asalam,buku tu bagus gak,kt ulu cheka,kg.som,damak ada tak guru aliran ni.tengoh carghi ni.harap boleh bantu.
cer deme cari betul2 ade lagi di UC ter, org sebegini kita x nampak kehebatan dia… duduk makan bersama je

buku ni cuma sekadar pemudah cara utk kita belajar je, utk mudah kita bertanya…
auc dot com recently posted…Review Buku: Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman
deme tolo adjas la boleh…kas buka ora sini.emil ke kas nanti
maaf, nak bertanya. bukunya ditulis dalam rumi atau jawi. terima kasih atas perhatian.
tak de apa
buku ni dalam tulisan rumi
Baca yg mana dulu ye, mengenal diri atau mengenal Allah?
Assalamualaikum…..
Blh sy beli buku ni dari saudara?
betul2 tgh cari buku ni…
terima kasih
azman recently posted…3 Amazing Ways to Relieve the Pain of Carpal tunnel
Wa alaikum salam tuan
Minta maaflah, bertahun saya cari baru jumpa buku ni, tu pun jumpa satu je kat expo buku… ni buku kesayangan saya… saya tak jual
payah nok jumpa dah …
auc dot com recently posted…Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012
Sudah dapat ke belum ? Saya bolih tolong dapatkan dan bolih bertemu terus dgn Tuan Guru Hj Shaari jika sudah dgn kehendak Allah. Tel saya 019-2120162 Hamba Allah.
Alhamdulillah, terima kasih ada hamba Allah sudi membantu bahkan boleh terus bawak berjumpa dgn Tuan Guru Hj Shaari.
bukan senang nak dapatkan peluang sebegini.
tuan izinkan saya isi nom tel tuan kat entri diatas agar dpt membantu sahabat lain yg sedang mencari…
terima kasih sekali lagi tuan, jazakallahu khoiran kasiran…
bule.. disertakan gambar TG Hj Mohd Yusof B hj Cik Wook dlm buku agar lebih berkat…
Tokoh ulama’ terbilang. Moga kita teruskan mencari ilmu…ameen
hafizmd recently posted…E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
Hendak seribu daye.Ilmu perlu dicari.
Nizam recently posted…Nikoh Lagi
Keluaran terbaru. Pusaka Ilmu Tok Kenali ( Ilmu Makrifat )
sila hubungi 0123440776 0124363828 nur .
Penerbit yg sama ..dikemaskini terbaik..
terima kasih atas info terkini ni….

harga dia mcm mana adakah sama seperti dulu
auc dot com recently posted…Jadual Perlawanan Liga Super 2013