Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc dot com
Samsung Ultrathin 5 series 535U3C

Sebenarnya tercari-cari satu laptop yang ringan dan nipis, senang di bawa ke hulu hilir. Dalam senarai pilihan utama pastinya Toshiba Ultrabook Z830. Tapi harganya agak tinggi sekadar untuk buat kerja sekolah, pejabat dan sedikit kerja grafik rasanya tidak berbaloi. Tengok pulak harga Acer Ultrabook ok jugak, tapi port dia kat belakang macam janggal pulak main cucuk kat belakang ni hehehe.

Terus angkat satu…
Ketika buat tinjauan hati terus terpaut kat Samsung Ultrathin ni kerana body dia slim lagi ringan dan diperkuat pulak dengan Prosesor AMD A-Series APU generasi kedua atau lebih dikenal dengan nama Trinity. Notebook ni dinamakan Samsung Ultrathin 5 series 535U3C.
Ultrathin apa tu? gini nak mudah faham dia ditengah-tengah antara Notebook dengan Ultrabook, lebih ke Ultrabook sebab nipis dan keringanannya.

Kiranya adik kepada Ultrabook la ni
Notebook super tipis ini mempunyai skrin bersaiz 13.3 inci dengan teknologi superbright Anti-Reflective. Untuk keperluan grafik, Notebook ini mendapat sokongan VGA Radeon HD 7500. Spesifikasi lainnya adalah RAM DDR3 sebanyak 4 GB dan cakera keras sebanyak 500 GB. Kapasiti baterai 4 cell sudah cukup untuk menghidupkan notebook Ultrathin ini selama 6 jam dan mempunyai jangka hayat hingga 3 tahun.
Samsung Ultrathin 5 series 535U3C ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna, Mocha brown, pop pink dan titan silver. Ia dijual dengan harga yang amat berpatutan berbanding dengan Ultrabook milik Intel ataupun MacBook dari Apple. Ketika auc beli ni harganya RM1899.00 sahaja. Setakat ni rasanya berbaloi dengan pretasi Samsung Ultrathin 5 series 535U3C. Bagi yang tercari-cari Ultrabook yang murah tapi berpretasi tinggi dengan grafiknya inilah jawapannya Samsung Ultrathin 5 series 535U3C.
Specifications
ProcessorAMD A series A6-4455M / 2.1 GHz ( Dual-Core )
Memory4 GB / 8 GB (max)
Hard Drive500 GB – 5400 rpm
Operating SystemMicrosoft Windows 7 Home Premium 64-bit Edition
Display Type13.3 in
Max Resolution1366 x 768 ( HD )
Graphics ProcessorAMD Radeon HD 7500G Shared video memory (UMA)
Optical DriveNone
This post has been viewed 717 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


Nipisnya dan ia adalah pelaburan yang berbaloi. Kalau prosesor Intel tak dapat pada harga tersebut.
Samsung sebenarnya keluar model yg sama satu AMD RM1899 dan iCore5 RM2669.
auc pilih AMD kerana harga dan adanya kad grafik
auc dot com recently posted…Ekspo Buku Islam 3 Pahang
Yang nii aku tgh cari..ok thank for info..
rasanya utrathin ada yg lates 535U4C dgn spec yg lebih baik lagi

auc dot com recently posted…Empat Fungsi USB Flashdisk yang Jarang diketahui
Tahniah bro kerana dah ultrabook.
hatiputera recently posted…Bajet budget belanjawan 2013
Assalam, memang terbaik… murah saja tu harganya…
tahniah bro, semoga kerja lepas ni menjadi lebih mudah

donnyien recently posted…Penuntut IPT juga layak dapat BR1M 2.0
tahniah berhijrah ke ultrabook. ultrabook mudah sangat nak bawak kemana sbb nipis n ringan.
Denaihati recently posted…Budget 2013 yang menarik
Emm menarik..harga pun berpatutan..lepas ni makin bersemangat ler buat kerja kan..hehe
Hafizul recently posted…Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop
Wah, ada peneman baru nampaknya, tak pernah lagi tengok samsung ultrathin ni, harga berpatutan. Nanti buatlah review bagaimana prestasi laptop ni selepas digunakan.

Eizil recently posted…Kejutkan daku pabila september berakhir.
test dalam sebulan baru buat

auc dot com recently posted…‘Pintu Neraka’ di Turkmenistan
Upgrade terus RAM ke 8GB memang puas hati guna untuk kerja!

Encik Anif recently posted…Bajet 2013 – Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Pintar
memang siap upgrade ke 8GB dah

auc dot com recently posted…‘Pintu Neraka’ di Turkmenistan
huiyoo..mmg pantas..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Tips Perniagaan Online : Jerung Lawan Ikan Bilis