22 May 2013 | 4:47 pm
DON'T MISS
You are here: Home » ABOUT KG ULU CHEKA » Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Assalamualaikum
dari auc dot com

leaderboard denaihati Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Kitab Ulu Cheka Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Ulu Cheka: Sejarah dan Kecemerlangan

Encik Long adalah orang pertama yang dilantik oleh penduduk kampong sebagai ketua kampung dalam tahun 1912. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun tahun 1922 dan semasa beliau memegang jawatan tersebut, sebuah masjid telah dibina secara bergotong royong. Tapak pembinaan surau tersebut adalah di Balai Batu Kampung Tengah berhampiran Sungai Jeneris, berhampiran tapak perkuburan yang masih ada sekarang.

Ketua Kampung yang kedua pula telah dipegang oleh Tok Ahmad bin Endik. Beliau telah meletak jawatan dan berpindah ke kampung baharu tempat beliau digantikan oleh Tok Pawang Nong bin Santan pada tahun 1926. Pawang Nong adalah ketua kampung yang diiktiraf oleh pihak British dan pihak istana. Beliau juga terkenal sebagai seorang pawang dan penentang pihak komunis. Diatas jasa beliau, beliau telah dianugerahkan pingat AMN, BEM (British Empayar Medal) dan PJK. Semasa pentadbiran beliau, beliau banyak dibantu oleh anak saudara beliau iaitu Haji Zakaria bin Haji Bilal Abu. Beliau  telah meninggal dunia pada tahun 1976 dan disemadikan diperkarangan Masjid Kampung Ulu Cheka.

Seterusnya jawatan ketua kampung dipegang oleh Tuan Haji Zakaria bin Bilal Abu. Dibawah kepimpinan beliau, berbagai kemajuan telah dibawa ke kampong Ulu Cheka. Bekalan api 12 jam, bekalan air masyarakat dan talian talipon telah diperkenalkan selain berbagai kemudahan prasarana yang lain. Beliau juga pernah terlibat semasa perang di Bukit Batu menentang Komunis dan sebagai jasa yang lain beliau telah dipilih sebagai tokoh kemerdekaan mukim pada tahun 2004. Atas sebab keuzuran, beliau telah meletak jawatan pada tahun 1990 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tuan Haji Shariff bin Khatib Mahmud.

Tuan Haji Shariff adalah seorang ustaz dan beliau banyak menumpukan pentadbiran beliau dalam bidang keilmuan dan kemuafakatan. Dimasa beliau Gerakan Desa Wawasan (GDW) dan K3P telah ditubuhkan. Ini telah mengubah corak wajah kampung kepada yang lebih ceria dan menggalakkan penduduk menambah ekonomi keluarga melalui projek kecil masyarakat. Pemulihan tanah terbiar juga telah diperkenalkan dan antaranya ialah projek Pertanian Dusun Kalong dan pemulihan padang ragut Tepam dijadikan tempat penaman manga dan buah-buahan. Pada tahun 2001 beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan tempat beliau diambil alih oleh En Nazri bin Che Husin pada tahun 2002.

Diatas tradisi menyambung pentadbiran orang-orang yang terdahulu, berbagai kemudahan asas telah berjaya dibawa masuk ke kampung ini dengan menaik taraf jalan-jalan kampung, pembinaan dewan orang ramai dan sebagai memberi pendedahan kepada penduduk kampung kepada teknologi maklumat  sebuah Medan Info Desa telah di bina. Dibawah pentadbiran En Nazri juga kampung Ulu Cheka telah menjadi Naib Johan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) dan Komuniti Bestari Peringkat Negeri Pahang. Menjadi Johan Pertandingan Keceriaan Kampung sempena bulan kemerdekaan peringkat negeri Pahang.

Artikal berkaitan sebelumnya, Sejarah Awal Pembukaan Kampung Ulu Cheka [ pautan ]

Sumber: Kitab Ulu Cheka Sejarah dan Kecemerlangan Sempena Sambutan 100 Tahun Ulu Cheka

Terima kasih kepada Tok Empat Ulu Cheka En Nazri bin Che Husin kerana memberi pinjam kitab ni untuk diinternetkan sebagai sumber rujukan generasi akan datang.

leaderboard denaihati Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka


This post has been viewed 1590 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

2 comments

  1. Salam Waris, Terima kasih berkongsi info yang menarik ramai yang tidak mengetahuinya… disebalik nama ulu cheka itu ada nama mereka yang tersohor seakan tersorok jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top