24 May 2013 | 5:05 am
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

UPKK%2B2012 Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

Keputusan UPKK 2012 atau Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 akan keluar tidak lama lagi. Jadi bagi pelajar atau penjaga yang ingin menyemak keputusan UPKK 2012 atau Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 bolehlah berbuat demikian pada hari keputusan diumumkan di sekolah anda.

Khidmat semakkan online atau SMS belum ada lagi di sediakan oleh pihak JAKIM. Sepatutnya zaman serba canggih dengan teknologi terkini, maklumat dihujung jari pihak JAKIM patutnya sudah boleh menyediakan perkhidmatan sebegini.

  • Masalah Kekurangan Guru J-Qaf Di Malaysia

Update: December 13, 2012/5:01:51 PM

PUTRAJAYA – Tiga belas buah negeri mencatatkan keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun lepas.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hanya Wilayah Persekutuan mencapai keputusan 99 peratus lulus.“Secara keseluruhan, 24,962 calon mendapat 8A berbanding 17,684 pada 2011. Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah di Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.Katanya bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, subjek Amali Solat mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93 peratus diikuti Penghayatan Cara Hidup Islam 99.91 peratus manakala bidang al-Quran 98.47 peratus.Jamil Khir berkata berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Selangor muncul negeri terbaik dengan 1.55 mata, diikuti Melaka (1.59 mata) dan Terengganu (1.64 mata).Seramai 186,966 calon menduduki peperiksaan UPKK 2012 yang diadakan dari 1 hingga 4 Okt lepas.Sumber: Sinar Harian

Update: December 20, 2012 /7:50:41 PM

Saat ditunggu dah tiba. Keputusan UPKK 2012 bagi daerah Kuantan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat pada:-

Tarikh: 24/12/2012 (Isnin)

Tempat: PAID Kuantan

Masa: 10:00 pagi

……………………………………………………………………………..

Apa itu UPKK?

UPKK adalah singkatan dari Ujian Penilaian  Kelas KAFA.

Siapa yang layak mengambil peperiksaan UPKK ni?

Pelajar tahun 5. Syarat layak untuk mengambil peperiksaan UPKK ni pelajar hendaklah belajar di mana-mana SAR KAFA di seluruh Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri dan JAKIM sekurang-kurangnya tiga tahun bermula dari tahun tiga hingga tahun 5.

Penting ke Peperiksaan UPKK ni?

Peperiksaan ini setaraf dengan peperiksaan UPSR sekarang ni. Boleh dikatakan kalau nak masuk mana-mana sekolah berasrama wajib ada sijil UPKK ini.

Apa matapelajaran atau madah yang ada dalam UPKK ni?

8 matapelajaran iaitu: Al Quran, Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI), Ulum Syariah (Tauhid+Ibadah), Jawi, Lughatul Al Quran (Bahasa Arab), Adab & Akhlak dan Sirah Rasulullah SAW.

Penutup:

Sekadar penerangan sikit mengenai UPKK ni. Sebab ramai dikalangan ibu bapa ambil sambil lewa ataupun tak tahu apa itu UPKK ni. Jadi kalau anda atau ibu bapa ada anak-anak eloklah hantar belajar di mana-mana SAR KAFA yang berhampiran dengan anda.

Boleh dikatakan 98% anak-anak yang tamat belajar di SAR KAFA ni boleh solat sendiri dan khatam Al Quran. Tiada apa yang terbaik untuk kita di dunia ini melainkan doa dari anak-anak yang soleh.

* Jangan lupa juga baca 3 Blog Pilihan Terbaik AUC


This post has been viewed 8302 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

28 comments

  1. farah anissa bt sukri

    Saya pun dpt 8A cuma nk tunggu samada dpt peratusan tertinggi kat perak ke…setakat yg ini pengetua bagitau saya top first…tapi ada beberapa skolah yg beliau blm lihat….

  2. Saya dapat 8A , alhamdulilah :)

  3. alhamdulilah syukur dapat 3A 5B upkk. Saya nak ucapkan kat norahafizah atas kejayaan anda

  4. saya pun berdebar juga… kalau semuanya mata pelajaran saya pelajar2 dapat A tumpang gembira… cuma saya janji 1 A dapat RM10. Kalau semua 8A…. hah darab pula dengan 25 orang…hahhhhahahahahhahahhahahahahahhahahaha sakit kepala.. hu2

  5. Ingin tahu keputusan peperiksaan upkk anak..negeri pulau pinang sekolah agama al fallah wannajah

  6. MEMANG DAH KELUAR SEBAB SAYA DAPAT 8A DALAM UJIAN PENILAAN KELAS KAFA TAHUN NI..

  7. Bila nk keluar kptsn upkk ni x sabar dah ni <3 :-)

  8. bila agaknya keputusan akan keluar ya..

  9. boleh plak semak online sekarang ye.
    titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 12My Profile

  10. hello auc,
    mudah-mudahan pelajar akan memperolehi keputusan yang baik.
    donnyien recently posted…Malaysia bakal lahirkan blogger jutawanMy Profile

  11. mudahan semua pelajar peroleh keptutusan yg cemerlang.
    Denaihati recently posted…Blogger Jutawan Bukan Hanya KhayalanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top