Semak Keputusan UPKK 2013

keputusan upkk 2013 Semak Keputusan UPKK 2013

Kepada semua calon UPKK 2013 (Ujian Penilaian Kelas KAFA), keputusan UPKK 2013 akan diumumkan untuk peringkat kebangsaan pada Isnin 9/12/2013 di JAKIM.

Bagi Negeri Pahang pengumuman keputusan UPKK tahun 2013 akan dibuat pada Khamis 12/12/2013 oleh Y.H Dato’ Pengarah JAIP. Mungkin berbeza di lain negeri.

Oleh yang demikian pihak sekolah boleh mengambil keputusan tersebut di Pejabat Agama Daerah masing-masing, bermula pada Jumaat 13/12/2013. Bagi pelajar atau calon UPKK 2013 pula boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing selepas tarikh tersebut. Sebarang permohonan semak semula boleh mengisi borang dan mengemukakan kepada Jabatan Agama Islam Pahang dalam tempoh 21 hari selepas pengumuman dibuat. Harap makmum.

Ps: alangkah elok dibuat sistem online semak keputusan UPKK ni seperti peperiksan besar yang lain, yang setaranya seperti UPSR. Bila bab agama je, mesti kebelakang. Harap tahun mendatang boleh semak keputusan UPKK secara online atau SMS pulak yek. Apa-apapun diucapkan tahniah kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2013 ini nanti.

Update:

Keputusan UPKK 2014 bagi daerah Kuantan ditangguhkan seminggu lagi, harap maklum.

[divider]

Update December 13, 2013/9:37:12 PM

Assalamualaikum w.b.t
Guru Besar / Ketua Guru
Pusat-Pusat Peperiksaan UPKK Daerah Kuantan

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan di minta hadir ke PAID Kuantan pada 16 Disember 2013 (Isnin) jam 11 pagi untuk mengambil SLIP KEPUTUSAN UPKK 2013 serta dokumen berkaitan.
Sekian, terima kasih.

(Asrul Hamid,unit.kafa.paid.ktn,13/12/13)

Comments

  1. haliza halid says

    Syukur Alhamdulillah..anak saya dapat 8A utk keputusan UPKK, as mother…terus bergenang air mata dengan kejayaan anak2…semoga anak2 mama terus berjaya baik di dunia dan akhirat..InshaAllah

  2. zul says

    kalau di Selangor ada tambah 1 lagi khusus untuk kAFA di Selangor.selain UPKK ada satu lagi iaiti PSRA.penilaian sek ren agama.tahun 6 amik periksa.biasa selepas upsr .so Selangor ada dua.mmg dr dulu mmg mcm tu.

  3. uncle sri says

    anak perempuan saya da amik peksa ni.tapi kami di Selangor lbh ke psra masa thn 6.selangor ada 2.upkk thn 5 dan psra thn 6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge