Sup Belut vs Hempedu Belut

السلام عليكم

Maaf tak dapat bersiaran dalam 2 hari ni ada hal sikit, kali nak cerita bab makan-makan, terkena pulak masa balik kelantan baru ni nak cerita pekena sup belut. Pasti ada yang dah makan dan ada yang tak lalu nak makan belut ni.

sup belut Sup Belut vs Hempedu Belut
sup belut dan paprik belut

Bagi yang belum pernah cuba boleh cuba, best weh rasa dia macam daging ayam. Bukan sekadar sup je belut boleh buat, semua boleh paprik, tomyam, masak merah, goreng cepup tepung pun boleh.

Ketika menunggu sup sampai tengok tokey kedai tengah memasukkan sesuatu dalam kapsul ubat, tanya dia apa tu, dia jawab ni la hempedu belut. Dia bagi test makan, pahit weh rupanya tapi ada rasa manis-manis sikit. Rupanya dia jual bila ada permintaan hempedu belut ni. Banyak khasiat kata dia antaranya mujarab untuk sakit lelah dan gaout serta lemah tenaga batin.

hempedu belut Sup Belut vs Hempedu Belut
power tapi pahit

Balik rumah payah nak tidur  panas badan weh makan sup belut vs hempedu belut tu, patut sesuai untuk sakit lelah sebab lelah tidak boleh sejuk. Tu lah cerita pertama kali makan sup belut. Isteri kome mati-mati tak nak makan (geli), tapi kalau bawak balik sup tu tak cakap kat dia mungkin makan jugak. Sup belut antara makanan tersohor di Kelantan ketika ini.

Comments

  1. wan abd ghafar says

    ada sapa-sapa nak beli belut … rm13-Rm15/kg … boleh tel saya… akan dihantar ke kedai tuan … tel saya …010-9282086…

  2. says

    tak pernah makan, tengok dia bergerak2.. hehehe.. geli.. tapi kalau ada yang bawak balik pastu lepas makan baru cakap itu belut.. tak tauler pulak.. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge