20 May 2013 | 8:30 pm
Breaking News

Tag Archives: auc

10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Mac 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Mac 2013

top blogger 10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Mac 2013

10 Blogger Terbaik di AUC ini berdasarkan jumlah komen yang ditinggalkan oleh blogger kat ruang komen dalam setiap post. Terima kasih dari AUC tiada apa yang mampu AUC berikan, tapi AUC berikan apa yang blogger tercari-cari iaitu backlink kekal dari blog  AUC ini.

Berikut adalah 10 Blogger Terbaik di AUC untuk Bulan Mac 2013, kalau berkesempat jom terjah ke blog blogger yang rajin ni…

Terima kasih sekali lagi kepada semua pengomen blog AUC ini, anda semua memang yang terbaik.

AUC Bakal Muncul Dalam Rancangan Sarapan TV3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

AUC Bakal Muncul Dalam Rancangan Sarapan TV3

dodol kukus AUC Bakal Muncul Dalam Rancangan Sarapan TV3

AUC sebenarnya dah beri kata putus kat Cik Ain dari rancangan sarapan TV3 tu, tak jadi kerana Mak AUC tak nak. Kisahnya di SINI. Tetiba petang tadi dapat call dari TV3 mengatakan shooting untuk rancangan tersebut akan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu pada 8/4/2013 nanti.

Aikkk Mak kata tak nak. Rupa-rupa dia orang (Pihak TV3) telepon sendiri kat Mak AUC di Kampung. Entah apa yang dipujuknya sehingga berjaya memujuk Mak AUC nak buatkan dodol kukusnya untuk rancangan tersebut. Alhamdulillah rupanya kalau rezeki tak ke mana. Rezeki orang kampung. Rezeki berblog jugak ni…

AUC juga diminta berlakon menjadi kawan kepada hos rancangan tersebut nanti. Alahai ni yang ketor kepala lutut ni. AUC akan cuba yang terbaik nanti.

Apa-apapun nantikan perkembangan seterusnya nanti dari AUC, Dodol Kukus di TV3.

>>> Meraban Tapi Berinformasi <<<

10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Februari 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Februari 2013

top blogger 10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Februari 2013

10 Blogger Terbaik di AUC ini berdasarkan jumlah komen yang ditinggalkan oleh blogger kat ruang komen dalam setiap post. Terima kasih dari AUC tiada apa yang mampu AUC berikan, tapi AUC berikan apa yang blogger tercari-cari iaitu backlink kekal dari blog  AUC ini.

Berikut adalah 10 Blogger Terbaik di AUC untuk Bulan Februari 2013, kalau berkesempat jom terjah ke blog blogger yang rajin ni…

Terima kasih sekali lagi kepada semua pengomen blog AUC ini, anda semua memang yang terbaik.

Link berkaitan: 10 Blogger Terbaik di AUC Bulan Januari 2013

 

Statistik Blog AUC Bulan November 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Statistik Blog AUC Bulan November 2012

Statistik%2Bblog%2Bauc Statistik Blog AUC Bulan November 2012

Al Hamdulillah statistik bulan November 2012 ini bertambah baik dari bulan-bulan sebelumnya. Ujikaji auc yang menyatakan themes merupakan salah satu faktor menyumbang kadar penurunan bounce rate bagi sesebuah blog, kini terbukti, tempoh ujikaji auc adalah 3 bulan bagi mencapai sasaran bounce rate bawah daripada 1%. Tapi hanya sebulan je guna theme ini auc dah mencapai sasaran bounce rata bawah 1%.

Lebih mengejutkan dalam bulan nov ini jugak auc mencapai 2 kali bounce rate 0.00%. Jangan jeles yek heheheh, biar trafik tak banyak mana, sedikit tapi berkualiti. Inilah proses atau faktor yang penting bagi mana-mana blogger yang nakkan bounce ratenya bawah 30% perlukan trafik yang berkualiti.

Read More »

Statistik Blog AUC Bulan September 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc dot com

Statistik Blog AUC Bulan September 2012

Statistik blog bulan september 2012 tak banyak berubah dari statistik blog bulan ogos 2012. Tidak banyak nak diperkatakan. Perlu ke setiap blog buat statistik?. Tak perlu, tapi bagi blog picisan macam auc ini amat perlu, kerana ianya dapat membantu dalam meningkatkan prestasi blog auc ni. Statistik blog ini dianalisis menggunakan Google Analytics secara purata bermula 31/8/2012 hingga 30/9/2012. 

Over%2BView Statistik Blog AUC Bulan September 2012

1. Statistik Blog: Visitors Overview – secara puratanya pelawat UV 500 – 2000 sehari. Ada masa naik lebih 2000 dan tidak jatuh dari 500 UV sehari tetap bertahan begitu je. Bounce rate pula tidak sekata, tidak berapa elok nampaknya terus naik dari 1.87% bulan ogos 2012 ke 2.82% bulan september lalu. Tidak mencapai target untuk turun ke 1% tapi masih berada dalam kategori bounce rate yang terbaik lagi bawah 30%.

Nuffnang%2Branking Statistik Blog AUC Bulan September 2012

Jumlah pelawat atau unique visitor bagi bulan september 2012 diambil berdasarkan graf yang ditunjukkan oleh nuffnang, x de apa-apa ciput je…

2. Statistik Blog: Blogger Pilihan September 2012

Read More »

Statistik Blog AUC Bulan Ogos 2012

Assalamualaikum
dari auc dot com

Statistik Blog AUC Bulan Ogos 2012

Bulan Ogos statistik blog AUC ni agak ok sikit, dah pulih semua selepas serangan hacker dan server bermasalah dulu [ statistik julai ]. Rupanya memberi kesan besar pada blog auc dan mengambil masa lama untuk pulih.

Contoh masalah kesan dekat Webmaster Tools kita seperti Server Error dan Robots.txt Fetch dekat sebulan baru boleh sepenuhnya.

Statistik ini menggunakan Google Analytics bermula 2/8/2012 hingga 1/9/2012.

bounce%2Brate Statistik Blog AUC Bulan Ogos 2012

1. Bounce Rate: Peratus keseluruhan meningkat dari 0.89% bulan julai ke 1.87% bulan Ogos. Rekod bounce naik tertinggi pada 31/8/2012 dengan 4.82% dan rekod terakhir pada 1/9/2012 menurun kepada 2.82%. Nak tanya kalau bounce rate tu mencecah 0.00% apa cerita pulak, ia berlaku pada 21/8/2012. Diharapkan bulan september ni akan stabil bawah 1% semula, seperti biasa.

Read More »

Baju Raya AUC

Assalamualaikum
dari auc dot com

Baju Raya AUC

baju%2Bauc Baju Raya AUC

Sekadar suka-suka je nih. Baju auc limited editoin 4 helai je. 2 hitam 2 putih. Bukan untuk dijual untuk pakai sendiri je. Balik kampung baru ni ada yang menanya nok beli. Auc cakap tak jual tapi kalau ramai boleh juga diusahakan, kalau buat sikit-sikit membazir je.

Berbangga dengan jenama sendiri, berbangga dengan kampung Ulu Cheka. Berbangga sebagai anak kampung. Sekurang-kurangnya jenama auc ada kat alam maya ni. Ni je baju auc  raya tahun ni.

Read More »

Statistik Blog AUC Bulan Julai 2012

Assalamualaikum
dari auc dot com

Statistik Blog anakulucheka.com Bulan Julai 2012

Rekod blog bulan julai bercelaru sikit. 3 kali kena godam sedikit sebanyak mengganggu jugalah perjalan blog ni. Dan disebabkan kes ini pihak hosting meningkatkan lagi security server, auc pun tak faham sangat bab ni dia kata pindah ke cloud la…

Tapi kesan dari pindah memindah ni lagi teruk menyebabkan banyak post error hingga Pak Cik Google hantar 2 kali surat amaran mengatakan laman auc banyak error “Googlebot can’t access your site”, menyebabkan banyak Crawl Errors kat Server Connectivity dan Robot txt Fetch, sitemap pun semua error.

Rasanya biarlah kena godam dari kena error seteruk ni. Bukan kes error je! tapi  nak buat auto post  (penting sangat sebab selalu guna) dan nak upload themes, poning den camni.  (Bulan puasa boleh marah-marah). Pihak hosting sedang mengatasi masalah.

Berbalik semula ke tajuk , nasib ada yang mengembirakan sikit untuk terus berblog, kalau diikutkan lemah semangat dah ni. Read More »

AUC antara 15 Blogger Kacak di Malaysia

Assalamualaikum
dari auc dot com

Betul tak tipu  icon biggrin AUC antara 15 Blogger Kacak di Malaysia

Masihkah anda ingat tentang satu pertandingan SEO mengenai pengalaman kena denda di sekolah, di kendali oleh earncent.com, setelah berhempas pulas untuk mencari pemenang sampai demam batuk tak sembuh. Akhirnya telah mengeluarkan keputusan tersebut ( boleh tengok kat blog earncent.com) .

Tengok-tengok auc termasuk jugak dalam 15 Blogger kacak di Malaysia, dapat nombor 8 (RM10). Bukan hadiah jadi taruhan tapi persahabatan dan teknik permainan SEO dalam mengukuhkan blog masing-masing dalam dunia maya ini.

Terima kasih bro titan, ada lagi nanti beritau yek, hadiah up lagi lah proton baru ni ke, tak pun ipad baru heheheh….

selamat berblogger semua, auc gumbira hari ni sebab lepas hal SKMM ade rezeki rupanya  icon wink AUC antara 15 Blogger Kacak di Malaysia

Blog auc Kena Sekat oleh SKMM

Assalamualaikum
dari auc dot com
 Blog auc Kena Sekat oleh SKMM

Al Hamdulillah baru sahaja pulih dari sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Minta maaf atas kejadian ini.

Hanya kerana entri ini (link kat bawah) yang ada gambar Sultan kena conteng dan lambang Nazi padanya yang dibuat oleh pihak yang amat membenci Malaysia. Entri tersebut dibuat sewaktu dalam blogspot bertarikh 24 mac 2010 dulu lagi.

Sewaktu berdomain dan hosting baru, semua entri tersebut dipindahkan ke http://www.anakulucheka.com yang di sekat sekarang nih.

Sebenarnya pihak SKMM belum mengambil apa-apa tindak atas akta SKMM, dia orang beri pilihan suruh buang entri atau tunggu surat hari Isnin ni. Jadi auc tak nak memanjangkan lagi cerita memilih untuk membuang je entri tersebut.

Pihak SKMM mendapat laporan dari polis mengenai entri tersebut dan mengarahkan pihak hosting meng-suspended kan blog auc dot com.

klik link di bawah untuk membaca entri yang telah diarahkan buang oleh SKMM, entri dalam auc dot com dah buang, yang ni yg asal dari blogspot
Adakah salah sebagai rakyat Malaysia mempertahankan kedaulatan Sultan dan Negara dengan membuat enrti sedemikian. Kami ada hak untuk menyatakannya dan mempertahankannya. Kenapa laman-laman lucah yang berleluasa dibiarkan gitu je tidak pulak diambil tindakan? yang jelas salah dibiarkan…
Adakah ia mengganggu ketenteraman awam? Nak bela Negara, Sultan pun salah. Suruh kita menentang agaknya.
Yang pastinya peristiwa ini tersemat kukuh dalam hati kome yang bergelar blogger.
Scroll To Top