23 May 2013 | 4:29 am
DON'T MISS
You are here: Home » Tag Archives: exora

Tag Archives: exora

Feed Subscription

Tolong Sebarkan! Exora Saya Hilang

  • Samsung Galaxy SIII & Galaxy Note dengan harga promo Merdeka! 1328097039678 Tolong Sebarkan! Exora Saya Hilang
  • Undian bermula untuk cupcake 1Malaysia tercantik! UNDILAH! 1328097039678 Tolong Sebarkan! Exora Saya Hilang

Assalamualaikum
dari auc dot com

Tolong Sebarkan! Exora Saya Hilang

Exora%2BHilang Tolong Sebarkan! Exora Saya Hilang

{MOHON SEBARKAN} Penjenayah telah melarikan kereta saya Proton Exora no plate WVG 54 warna putih. Pada waktu kejadian isteri dan anak ada di dalam kereta pagi tadi kira kira jam 7.18 ketika saya hendak ke sekolah.

Kejadian berlaku berhampiran SK Danau Kota Setapak.Semua barang berharga dilarikan tapi mujur anak dan isteri ditinggalkan di tepi jalan.Mohon tuan puan sebarkan berita ini dan sekiranya berjumpa boleh hubungi Balai Polis Setapak 03-4023-2222. Kemungkinan nombor plate telah ditukar jadi ada beberapa tanda yang boleh dikenalpasti.

Dipetik dari FB Cikgu Zahran. Terpanggil untuk membantu sedaya mana yang kita boleh kita bantu. Kita blogger tolong cara blogger. Cikgu Zahran merupa owner Exora macam auc jugak, tapi tak dipastikan sama ada Cikgu Zahran ahli kelab EOCM atau tak. Tak kiralah ahli ke atau tak ahli kita tolong apa yang termampu. Bayangkanlah kalau ianya terjadi pada kita atau sanak saudara kita.

Read More »

Gambar: Exora Extreme

Assalamualaikum
dari auc dot

Anda pemilik Exora? berani ke modified sampai tahap macam ni, rasanya ni satu-satunya kat dunia ni. Mula-mula tengok dulu ingat kereta apa? rupanya Exora. Buat masa sekarang bagi AUC tak berani nak modified Exora AUC sampai ketahap ini.

Bagi pemilik Exora ini pasti banyak telah dilaburkan dalam me-modofied Exora sehingga menjadi sedemikian rupa.

Image%2B2 3 Gambar: Exora Extreme

Kalau setakat modified body tu biasalah, ni sampai tayar tu kasik tambah pergghhh, kalau camni Estima ke Alphard  ke tak leh lawan tu.

Read More »

Selamat Datang Warga Exora Owners Club Malaysia (EOCM) ke Kuantan

السلام عليكم

395255 3003185008477 1527915757 2870222 1873627394 n Selamat Datang Warga Exora Owners Club Malaysia (EOCM) ke Kuantan

Gambar dari GLR forum EOCM

Selamat datang ke Kuantan di ucapkan kepada  Exora Owners Club Malaysia, EOCM Puncak Alam @ Paxeoc seramai 60 oarang bersamaan 15 buah Exora dan  EOCM Rawang @ Geng Lanun Rawang @ GLR seramai 80 orang bersama 15 buah Exora.

Diberita pada 4/2/2012 EOCM jajahan Puncak Alam akan makan malam di Mail Ikan Bakar.

Manakala pada 5/2/2012 EOCM Rawang @ Geng Lanun Rawang @ GLR akan makam malam di Murtabak Mengkasar, Jalan 2 China Town di belakang East Cost Mall (ECM).

Jadi bagi kedua-dua acara kita (tuan rumah EOCM Eastern Region dan EOCM yang lain) akan TT di Mahkota Square depan Masjid Negeri. Hok ni sila bawa tikar dan potluk yang ringan-ringan je, harap maklum.

Jadi sekali lagi bagi kami EOCM Eastern Region mengucapkan selamat datang ke Kuantan. Masa konvoi pergi dan balik nanti pandu hati-hati. Kita jumpa di sana sana sana.

Selamat datang jugak dari mitos aka juhairee EOCM 032 

Dugaan Sungguh Pagi Tadi!

السلام عليكم

6786946979 c347f1a0ab Dugaan Sungguh Pagi Tadi!

Pagi ni kelam kabut sikit, apa tidaknya, bersiap-siap hendak pergi kerja, hantar anak Sekolah, ke Tadika, ke Pusat Asuhan. Semua kereta merajuk pagi ni, adeeehhh! Dugaan sungguh pagi ni…

Exora pancit, semalam ada terlanggar batu, ok lagi, tengok pagi nih, pancit. Start Wira pulak adehhhh, bateri lemah pulak sebab seminggu cuti balik kampung, tak hidupkan dia,  merajuk jugak.

Macamana nak hantar anak ke sekolah nih, Isteri saya minta tolong kawan dia tumpang pergi sekolah bersama anak-anak. Menyusahkan kat orang pulak. Jannah dan Jazlee hantar naik motor, tak pernah-pernah bawak baby naik motor tawakkal je lah.

Al hamdulillah selesai bab tu, nak tukar tayar Exora pancit tu pulak, dah buka semua tapi tayar lekat pulak, adeeehh! tunggu dalam pukul 10 pagi, baru pergi kedai tayar panggil  datang rumah. Siap tukar tayar spare pergi kedai tayar. Tayar rosak tak boleh tampal, kena tukar tayar.

Selesai bab tayar bab bateri, nak buat jumper bateri, jumper tak de, jadi cabut bateri hantar kedai kasik cas, sebab seminggu tak hidup kereta, kena cas lama sikit, petang besok baru boleh ambil. Nilah hari yang paling kelam kabut, Dugaan sungguh pagi ni. Nasib baik kerja petang, kalau tak kena ambik pulak cuti pulak hari nih.

Al Hamdulillah berjaya juga hadapi dengan hati yang marah-marah pada mulanya, difikir-fikirkan baru diuji sedikit dah kelam kabut, baru hati sejuk sikit. Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini, jom kongsi bersama  icon smile Dugaan Sungguh Pagi Tadi!

Exora Bold | Prime CFE

السلام عليكم

Exora Bold /Prime CFE bakal dilancarkan tidak lama lagi dalam masa terdekat, menurut sumber perlancaran rasminya pada awal Januari 2012.

390552 148147131955533 100002807419219 140859 1477200449 n Exora Bold | Prime CFE

378490 148146478622265 100002807419219 140857 191876923 n Exora Bold | Prime CFE

Read More »

Proton Exora REEV Hibrid 2013

Exora REEV3 1 Proton Exora REEV Hibrid 2013

Telah memenagi 2 anugerah

Proton Holding Bhd, bakal mengeluar kereta elektrik pertama iaitu Proton Exora REEV

Proton Exora Extended Range EV ( REEV) ini bakal dilancarkan pada separuh pertama 2013. Bagi tujuan ini jugak pihak Proton berharap pihak kerajaan dapat mengkaji satu insentif atau menawarkan rebat lebih besar bagi kenderaan elektrik (EV) bagi menggalakkan rakyat malaysia beralih kepada kenderaan jenis ini.

Tapi terdapat kekurangan kesedaran mengenai faedah dan kelebihan di Malaysia untuk kenderaan EV dan secara relatifnya, harganya agak tinggi berbanding dengan kenderaan biasa, EV atau industri hibrid masih baru dan harga akan lebih tinggi disebabkan kos pemerolehan teknologi dan kos yang tinggi bagi stesen pengecas.

Read More »

TT Exora: Murtabak Mengkasar

السلام عليكم

10102011102 TT Exora: Murtabak Mengkasar

3 orang je...

Tadi dapat sms emergency dari Chip ER EOCM Along, kata ada TT Exora malam tadi pukul 10 malam, jadi disebabkan lama x join TT ni pergilah, sempena nak meraikan seorang sahabat EOCM datang jauh dari Kedah tu. Ada urusan kerja kat Pantai Timur ni iaitu saudara Pulangkani@Isfa chip NR. Tak ramai yang datang sebab dapat mesej suntuk sangat dan hari berkerja pulak tu al maklum la. Apa-apapun semangat setiawan dari forum EOCM yang pada mulanya x kenal sesiapa kita dapat bertentang mata mengeratkan silaturrahim.

TT Exora: Miss Berbuka Puasa dengan Geng EOCM 2011

السلام عليكم

img5321a TT Exora: Miss Berbuka Puasa dengan Geng EOCM 2011

dari lensa abgcik EOCM139

Seperti biasa setiap tahun geng Exora EOCM akan mengadakan berbuka puasa beramai kat depan Masjid Negeri (padang MPK), semalam 17 Ogos 2011 telah jayanya mengadakan TT berbuka puasa tersebut. Tahniah semua yang hadir.

Kome tak dapat hadir, baby kome deman pulak, jangkit demam dari kome, minta maaf bebanyak dari semua geng EOCM. Jumpa semula dalam TT terdekat

Exora Berasap

Assalamualaikum
dari auc dot com

Exora Berasap

Imej134 Exora Berasap

Inilah keadaan Exoraku habis berasap! entah apa kena pun tak tau huhuhuh. Kejadian ini terjadi ketika auc menghantar Exora servis 20 ribu km (major servis) tadi di Pusat Servis Proton, Semua orang berada berhampiran tempat kejadian terkejut dan panik melihat kejadian ini.

Read More »

Scroll To Top