Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Madu Lebah Asli Kampung Ulu Cheka
Bercerita tentang madu lebah ni, AUC pernah membuat entry mengenainya ” Si Pencari Madu Lebah”. Kali ni AUC nak up semula madu lebah Ulu Cheka ni sambil mempromosi kampung Ulu Cheka.

Baru ni ada adik AUC ( Si Pencari Madu Lebah) telepon minta url tentang madu lebah yang kome buat dulu, dia nak tengok. AUC tanya kenapa? dia kata banyak dapat panggilan telepon dari orang ramai menanyakkan hal madu lebah ni, dia tanya dari mana tahu, mereka tahu dari blog anakulucheka.com. AUC kata kat adik AUC kiranya berjaya jugak lah promosi madu lebah melalui blog rupanya.
Baru-baru ni ada seorang pak cik dari Kuantan dah 2 bulan dia cari lilin lebah untuk buat ubat, jadi terjumpa dalam internet kat blog anakulucheka.com terus telepon adik menanyakan lilin lebah tu, adik saya kata berlabok (banyak) jadi esoknya pak cik tu datang ke kampung Ulu Cheka jumpa adik saya, suka sangat dia dah dapat barang yang dihajati, adik saya bagi free je lilin tu. Sekarang adik saya juga mendapat tempahan madu lebah dari seorang tabib dari Bentong nak madu lebah tu banyak.
Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan madu lebah ke, lilin lebah ke, sarang lebah atau apa-apa yang berkaitan dengan madu lebah ni boleh hubungi adik saya nombor telepon seperti dibawah. Atau kepada sesiapa yang berminat untuk buat kajian, teksis, bahan untuk majalah atau surat khabar ke, atau untuk segmen TV ke boleh jugak tu. Sila buat temujanji dulu dengan dia.
1 Kilo Madu Tualang RM120.00
1 Kilo Madu Biasa RM100.00
lilin lebah (tanya dia la hehehe)
dijamin 200% asli
*harga mengikut pasaran semasa
Sila Hubungi Mohd Khazli bin Abdul Rashid (Lee) panggilan kampung “Apok” anak Tam Rashid
019 9061295
Link berkaitan madu lebah: