22 May 2013 | 6:30 pm
DON'T MISS
You are here: Home » Tag Archives: oleh

Tag Archives: oleh

Feed Subscription

Blog auc Kena Sekat oleh SKMM

Assalamualaikum
dari auc dot com
 Blog auc Kena Sekat oleh SKMM

Al Hamdulillah baru sahaja pulih dari sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Minta maaf atas kejadian ini.

Hanya kerana entri ini (link kat bawah) yang ada gambar Sultan kena conteng dan lambang Nazi padanya yang dibuat oleh pihak yang amat membenci Malaysia. Entri tersebut dibuat sewaktu dalam blogspot bertarikh 24 mac 2010 dulu lagi.

Sewaktu berdomain dan hosting baru, semua entri tersebut dipindahkan ke http://www.anakulucheka.com yang di sekat sekarang nih.

Sebenarnya pihak SKMM belum mengambil apa-apa tindak atas akta SKMM, dia orang beri pilihan suruh buang entri atau tunggu surat hari Isnin ni. Jadi auc tak nak memanjangkan lagi cerita memilih untuk membuang je entri tersebut.

Pihak SKMM mendapat laporan dari polis mengenai entri tersebut dan mengarahkan pihak hosting meng-suspended kan blog auc dot com.

klik link di bawah untuk membaca entri yang telah diarahkan buang oleh SKMM, entri dalam auc dot com dah buang, yang ni yg asal dari blogspot
Adakah salah sebagai rakyat Malaysia mempertahankan kedaulatan Sultan dan Negara dengan membuat enrti sedemikian. Kami ada hak untuk menyatakannya dan mempertahankannya. Kenapa laman-laman lucah yang berleluasa dibiarkan gitu je tidak pulak diambil tindakan? yang jelas salah dibiarkan…
Adakah ia mengganggu ketenteraman awam? Nak bela Negara, Sultan pun salah. Suruh kita menentang agaknya.
Yang pastinya peristiwa ini tersemat kukuh dalam hati kome yang bergelar blogger.
Scroll To Top