20 June 2013 | 5:44 am
DON'T MISS
Home » Tag Archives: online

Tag Archives: online

Feed Subscription

Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013 | Live Streaming | Online

tilawah al quran 2013 Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013

Buat pertama kalinya sejak 22 tahun, baru kini Kelantan diberi hak sebagai penganjur kepada Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 tahun 2013. Seramai 29 qari dan qariah termasuk johan menunggu Qariah akan menyertai Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-56 dari 10 hingga 14 Jun di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Majlis Tilawah al-Quran kali ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangkakan akan merasmikan Majlis ini pada 10/6/2012. Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah pula  akan disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan serta akan menerima sebuah kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji.

Selain itu, johan qari dan qariah juga akan mewakili Malaysia ke Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang berlangsung dari 29 Jun hingga 6 Julai nanti.

Bagi naib johan, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan manakala bagi tempat ketiga pula, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.

Selain itu, hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis Tilawah itu untuk menghayati bacaan ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah dari seluruh Malaysia mulai 8.30 malam hingga 11 malam, 10 hingga 14 Jun ini.

Selain itu, majlis tilawah itu juga boleh ditonton secara langsung di TV1 atau melalui web TV Jakim dengan melayari laman web www.islam.gov.my

Live Streaming

Senarai nama perserta Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013

Update: June 10, 2013/10:51:02 PM (Malam pertama)

Majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dua perserta yang memperdengarkan bacaan untuk malam pertama ini:

  1. Qari Mohd Fakhrurazi bin Abbas (Kedah)
  2. Qariah Nur Faizah bt Panut (Selangor)

Update: June 11, 2013/11:13:52 PM (Malam kedua)

Berikut adalah senarai 9 orang perserta yang telah memperdengarkan bacaannya pada malam yang kedua:

  1. Qariah Sarina bt Che Yahaya (Perlis) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 67).
  2. Qari Zulkipli bin Harun (Kelantan) – (Surah Yunus bermula dari ayat 9).
  3. Qariah Che Aminah bt Che Awang (Juara Bertahan Wilayah Persekutuan) – (Surah Ali Imran bermula dari ayat 144).
  4. Qari Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus (Pahang) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 15).
  5. Qariah Radziah bt Ibrahim (Kelantan) – (Surah Yunus bermula dari ayat 90).
  6. Qari Amirrahman bin Abbas (N. Sembilan) – (Surah Al-An’am bermula dari ayat 1).
  7. Qariah Hjh Salina bt Hj Ali (Sarawak) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 107).
  8. Qari Mohamad Hufas bin Ali (Terengganu) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 17).
  9. Qariah Munirah bt Razali (Perak) – (Surah Ar Ra’d bermula dari ayat 59).

Update: June 12, 2013/9:25:34 PM (Malam ketiga)

Senarai nama peserta pada malam yang ke tiga:

  1. Qari Hanif Azmir bin Hassim (Pulau Pinang) – (Surah Al ‘Araf bermula dari ayat 160).
  2. Qariah Marziah bt Mohd Deli (Kedah) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 119).
  3. Qari Syamsul bin Abu Hassan Asya’ri (Selangor) – (Surah Al Anfal bermula dari ayat 27).
  4. Qariah Safizah bt Hj Moushin (Sabah) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 135).
  5. Qari Wan Fakhrul Razzi bin Wan Muhammad (Wilayah Persekutuan) – (Surah Al Anfal).
  6. Qariah Norhusna bt Mohammad Salleh (Pulau Pinang) – (Surah Al ‘An’am bermula dari ayat 7).
  7. Qari Hadi bin Mohd Sharkawi (Sarawak) – (Surah Yunus bermula dari ayat 25).
  8. Qariah Normalina bt Alias (Wilayah Persekutuan) – (Surah Al A’raf bermula dari ayat 35).
  9. Qari Mohd Mawardi bin Jamaluddin (Kedah) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 197).

Update: June 13, 2013/8:58:01 PM (Malam keempat)

  1. Qariah Nor Azrah bt Ayub (Johor) – (Surah Yunus bermula dari ayat 55).
  2. Qari Abdul Aziz bin Ibrahim (Johor) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 168).
  3. Qariah Siti Mas bt Semail (Terengganu) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 44).
  4. Qari Fahrur Raqib bin Abdul Majid (Melaka) – (Surah Ali Imran bermula dari ayat 100).
  5. Qariah Hjh Rohani bt Hj Abdul Shukur (N. Sembilan) – (Surah Al An’am bermula dari ayat 61).
  6. Qari Afizan bin Wankee (Sabah) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 261).
  7. Qariah Sahrul Munirah bt Haris (Melaka) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 76).
  8. Qari Anuar bin Hasin (Perak) – (Surah Al Anfal bermula dari ayat 45).
  9. Qariah Hanimzah bt Hj Jalaluddin (Pahang) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 142).

Alhamdulillah berakhirlah sudah 29 orang perserta 14 qari dan 15 qariah. InsyaAllah bertemu kita pada malam esok pada majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Keputusan penuh klik di SINI.

Link berkaitan:

Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

UPKK%2B2012 Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online

Keputusan UPKK 2012 atau Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 akan keluar tidak lama lagi. Jadi bagi pelajar atau penjaga yang ingin menyemak keputusan UPKK 2012 atau Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 bolehlah berbuat demikian pada hari keputusan diumumkan di sekolah anda.

Khidmat semakkan online atau SMS belum ada lagi di sediakan oleh pihak JAKIM. Sepatutnya zaman serba canggih dengan teknologi terkini, maklumat dihujung jari pihak JAKIM patutnya sudah boleh menyediakan perkhidmatan sebegini.

  • Masalah Kekurangan Guru J-Qaf Di Malaysia

Update: December 13, 2012/5:01:51 PM

Read More »

Thailand vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2012 Semi Final Live Streaming

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Thailand vs Malaysia | Singapura vs Filipina | AFF Suzuki Cup 2012 | Semi Final | Live Streaming | Online

Thailand%2Bvs%2BMalaysia%2BAFF%2BSuzuki%2BCup%2B2012 Thailand vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2012 Semi Final Live Streaming

Gambar dari Facebook

Setelah menyaksikan epik sayembara Silat vs Tomoi ( Malaysia vs Thailand ) [ link ] berkesudahan dengan seri. Sama gagah sama kuat. Perlawanan terpaksa diteruskan ke era teknologi robotik pulak Elephantbot vs Tigertron ( Thailand vs Malaysia ) pulak.

Apa kesudahannya nantikan kita tunggu sahaja. Bagi Tigertron wajib menang atau seri sudah memadai untuk layak ke perlawanan akhir. Tak nak cerita banyak-banyak menang, menang dan menang tu je yang perlu Tigertron buktikan…

12/12/2012
Singapura 1 – 0 Filipina
Stadium Jalan Besar, Singapura 8:00 malam

Singapura layak ke perlawanan akhir. Penentuan antara Thailand vs Malaysia

Live Streaming | Online [ Link 1 ] atau [ Link 2 ]

13/12/2012
Thailand 2 – 0 Malaysia
Stadium Supachalasai, Bangkok 8:00 malam

Thailand layak ke perlawanan akhir akan bertemu Singapura

Read More »

Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Ibadah Qurban dan Aqiqah Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Assalamualaikum
dari auc dot com

Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

korban%2Bdan%2Baqiqah%2Bonline Pesanan Ibadah Korban dan Aqiqah Online Bersama eQurban

Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad, sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :

 Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.

Read More »

Cara Pengiraan Gaji baru (SSM) Online

Assalamualaikum
dari auc dot com

Image%2B1 Cara Pengiraan Gaji baru (SSM) Online

Setelah pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh PM baru-baru ni yang menimbulkan pelbagai tanggapan dengan mengembalikan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Al Hamdulillah baru dua tiga hari lepas telah keluar Pekeliling Pelarasan Gaji Baru SSM dengan kenaikan sehingga 13 peratus yang amat dinantikan oleh semua kakitangan awam seluruh negara. Anda boleh memuat turun dan semak di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Read More »

Tonton TV1, TV2, TV3 dan TV Al Hijrah Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tonton TV1, TV2, TV3 dan TV Al Hijrah Online

Sila klik gambar pada saluran yang anda ingin tonton

 

TV11 Tonton TV1, TV2, TV3 dan TV Al Hijrah Online    TV22 Tonton TV1, TV2, TV3 dan TV Al Hijrah Online        TV33 Tonton TV1, TV2, TV3 dan TV Al Hijrah Online
TV Alhijrah Tonton TV1, TV2, TV3 dan TV Al Hijrah Online

Selamat menonton

>>>   Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan   <<<

Tonton TV2 Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Selamat menonton TV2 Online

  • Pastikan sambungan Internet anda mampu mencapai tahap terbaik untuk menonton.
  • Jika terdapat sebarang gangguan sila refresh semula

Link  [ TV1 ] [ TV3 ] [ TV Al Hijrah ] [ TV Online ]

SMS Semak Keputusan SPM 2011 Online

Assalamualaikum
dari auc dot com

SMS Semak Keputusan SPM 2011 Online

Baru je lagi diumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011, kini tibalah saat yang paling mendebarkan bagi calon SPM 2011 pula kerana ia akan diumumkan secara rasmi pada hari rabu, 21 Mac 2011 nanti.

Calon boleh mendapatkan terus keputusan di sekolah dan boleh juga menyemak keputusan secara SMS dan ONLINE. Bagi memudahkan calon-calon SPM 2011, di sini disertakan cara-cara menyemak keputusan SPM 2011 seperti berikut, contoh taipkan

SPM [No KP] [No Angka Giliran]
Hantar ke 15888

Keputusan%2BSPM%2B2011 SMS Semak Keputusan SPM 2011 Online

Read More »

SMS Semak Keputusan STPM 2011 | Online

ألسلام عليكم

Keputusan STPM 2011 SMS Semak Keputusan STPM 2011 | Online

Berdebar menantikan keputusan STPM 2011 yang bakal keluar atau diumumkan pada hari rabu 7 Mac 2012 nanti. Bukan kome yang nak ambil keputusan STPM nya tapi orang rumah kome ni dia sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam tu yang berdebarnya. Berapalah pulak pencapaian pelajar lalu, adakah lebih baik tahun sudahnya.

Bagi memudahkan, Di sini disediakan PANDUAN MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM MENGGUNAKAN SISTEM PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS).

Pengenalan:
Sistem ini bertujuan untuk memudahkan calon menyemak keputusan peperiksaan STPM menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) melalui telefon mudah alih.

Cara Penggunaan
1. Taip STPM RESULT <jarak> Nombor Kad Pengenalan Baru (rujuk Gambar rajah 1) dan hantar ke 15888. Caj 20 sen akan dikenakan.

Semak%2BSMS%2BKeputusan%2BSTPM%2B2011 SMS Semak Keputusan STPM 2011 | Online

2. Keputusan peperiksaan akan tertera di skrin (rujuk Gambar rajah 2). Mesej yang  akan dikenakan caj sebanyak 20 sen.

atau download PDF Panduan Menyemak Keputusan STPM 2011 [ Link ]

Semak Online di Majlis Peperiksaan Malaysia [ Link ]

Live: Kelantan vs Negeri Sembilan | Piala Sumbangsih 2012 | Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Live: Kelantan vs Negeri Sembilan | Piala Sumbangsih 2012 | Online

6646721409 ea3b315e73 Live: Kelantan vs Negeri Sembilan | Piala Sumbangsih 2012 | Online

Dalam misi mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu, Kelantan mengambil langkah berjaga-jaga dengan perang psikologi Negeri Sembilan nanti. Negeri Sembilan pula enggan mendabit dada mengatakan Kelantan mempunyai kelebihan sebagai juara liga tahun lepas. Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan ini disiarkan secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil, 07 Januari 2012 jam 8.45 malam.

Para diminta datang beramai-ramai ke Stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan di Stadium boleh menyaksikannya di Asro  Arena dan TV1

Read More »

Scroll To Top