23 May 2013 | 4:14 pm
DON'T MISS
You are here: Home » Tag Archives: SEO

Tag Archives: SEO

Feed Subscription

10 Blogger Terbaik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia

10 blogger terbaik malaysia 10 Blogger Terbaik Malaysia

Contest yang sedang hangat diperkatakan Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia anjuran Ohcikgu.com. Bagi yang mahir selok belok SEO pastinya mengunakan segala ilmu yang ada. Bagi yang tak berapa faham SEO seperti AUC, ni lah masanya juga untuk belajar mengenai SEO dari otai-otai blogger yang menyertai contest 10 Blogger Terbaik Malaysia ini.

Lain orang lain citarasanya. Payah nak tentukan mana 10 Blogger Terbaik Malaysia ni. Mana satu yek?. Blogger itukah blog atau blog itulah blogger? mungkin jawapannya blogger yang terbaik pasti hasil blognya juga terbaik. Begitu jugalah blog yang terbaik pasti dihasilkann oleh blogger yang terbaik.

Berikut adalah 10 Blogger Terbaik Malaysia pilihan peribadi AUC:

Read More »

Themes Premium VOLT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Themes Premium VOLT dari Multees.com

VOLT Themes Themes Premium VOLT

Al Hamdulillah hari pertama di ServerFreak dengan themes baru. Themes premium berbayar ini sebenarnya ditaja oleh Bro Neu dari Multees.com. Perkenalan yang tak disangka terus terjalin persahabatan kat alam maya ni. Terima kasih Bro Neu.

Bukan setakat themes je yang AUC dapat support dari Bro Neu ni. Malah dalam 2 3 hari ni tengah berguru dengan beliau sehingga tak sempat nak buat entri. Banyak sangat yang beliau ajarkan. Bermula dari pengurusan blog hinggalah ke SEO.

Read More »

Strategi SEO Imej

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Strategi SEO Imej dari AUC

Google%2BImages Strategi SEO Imej

Dalam entri  kali ini, AUC nak cerita sikit tentang strategi SEO imej dalam blog anakulucheka.com ni. Selain dari penyeri blog dengan gambar juga kita boleh mengoptimasikan imej bagi tujuan SEO. AUC bukanlah pakar tapi sekadar berkongsi je, kalau salah atau tak betul mintak pencerahan dari otai semua.

Apa Fungsi SEO Imej?

Sebenarnya strategi ini jarang dibincangkan, mungkin menggangap gambar tidak penting dalam permainan SEO ni. Selain membuat post atau entri dengan harapan akan terindek di page utama google. Gambar juga membantu dalam memainkan peranan penting dalam SEO lantas menjana trafik  yang berkualiti dan berkekalan.

Read More »

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

CONTEST SEO EXTRAVAGANZA 2012 TAHUNKU YANG KACAK

2012%2BTahunku%2BYang%2BKacak 2012 Tahunku Yang Kacak

Lama dah tengok contest SEO 2012 Tahunku Yang Kacak anjuran blog budak Spudin ni. Nak masuk ke tidak contest ni. Berbelah bagi hati ini, sebabnya kena main SEO, lagi-lagi SEO. Seram jugak ramai otai-otai blogger masuk menyertai contest 2012 Tahunku Yang Kacak ni.

Sebagai tanda sokongan sesama blogger dan nak belajar lagi apa itu SEO, AUC muktamat masuk juga contest SEO 2012 Tahunku Yang Kacak ini, walaupun masih kabur dengan benda yang bernama SEO ni.

Contest SEO ni dibahagikan kepada dua:-

  1. 2012 Tahunku Yang Kacak :Khas untuk lelaki yang kacak.
  2. 2012 Tahunku Yang Cantik :Khas untuk perempuan yang cantik.

Apa yang kacak dan apa yang cantik? tak tahulah rasanya bukan rupa paras yang nak diketengahkan ni. Kata penganjur ada maksud tersirat dan tersurat dalam kedua-dua tajuk. Payah jugak walaupun nombor satu entri 2012 Tahunku Yang Kacak di google search tapi tak kreatif tak guna jugak. Penentuan siapa pemenang hak mutlak penganjur tu…

Read More »

Lelaki Kacak vs Lelaki Kacak | Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012

Assalamu alaikum
dari auc dot com

Lelaki Kacak Lelaki Kacak vs Lelaki Kacak | Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012

Tengok tajuk macam perlawanan bola sepak pulak. Biasalah lelaki kacak pasti minat bola kalau tak minat tu memang tak kacak. Lelaki kacak vs lelaki kacak dalam cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni betul-betul menguji skil blogger seolah-olah skil main bola jugak lah. Kalau baik skil dan staminanya pasti berjaya. Tak berjaya pun tak apa dapat tersenarai pun jadilah, tu dah dikira lelaki kacak dah.

Bila anda cakap tentang lelaki kacak ni tahu ke apa makna atau definisi lelaki kacak ni. Begini mengikut Kamus Pelajar (yang anak punya) muka surat 347 (Kamus Dewan tak de) Kamus Pelajar pun ok jugak lah. Maksud kacak ialah:-

  • Kacak 1 kelihatan gagah; segak; tampan:
  • Kacak 2 sombong; megah; bongkak
Hmmm sebenarnya baru inilah juga auc  tahu kacak tu dua makna rupanya, jadi kalau seseorang itu kata dia kacak, bahaya tu. Tak tau dia lelaki kacak yang mana? kacak 1 tu ke atau kacak 2 tu. Lepas ni kena tukar lah lelaki kacak baik hati atau sopan santun baru orang tau kita kacak yang sebenar. Tu yang dimaksudkan dengan tajuk di atas tu Lelaki Kacak vs Lelaki kacak. Kacak tampan vs kacak sombong, boleh terima ke?

Sebenar yang dikatakan lelaki kacak ialah bersih lahir dan batinnya, bersih dari melakukan maksiat zahir dan batin itu sebenar-benarnya lelaki kacak. Bukan kacak rupa dinilai tetapi kekacakan hati yang dipandang oleh Allah. Adapun gambaran atau kriteria sebenar lelaki kacak yang dapat dikongsikan bersama oleh auc untuk semua begini:-

  1. Lelaki kacak sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasululllah S.A.W.
  2. Lelaki kacak menjadikan berjuang dijalan Allah itu program hidupnya.
  3. Lelaki kacak sabar dalam menghadapi segala ujian dan cabaran.
  4. Lelaki Kacak ikhlas dalam beramal.
  5. Lelaki kacak menjadi akhirat tujuan utama hidupnya.
  6. Lelaki kacak selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  7. Lelaki kacak selalu berinfak (bersedekah) sama ada dalam keadaan lapang atau sempit.
  8. Lelaki kacak sentiasa menerap nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
  9. Lelaki kacak berani mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran.
  10. Lelaki kacak sangat teguh berpegang pada amanah, janji dan kerahsiaan.
  11. Lelaki kacak sentiasa pemaaf dan lapang dada.
  12. Lelaki kacak penuh dengan kasih sayang kepada kedua ibubapa dan penyayang terhadap keluarga.

Cukup lah tu macam Ustaz Azhar la pulak. Memang kacak dan terlebih kacak kalau kita dapat sempurnakan semuanya di atas tu. Sebagai lelaki kacak juga semestinya sedaya upaya cuba membuang sifat kacak yang kedua tu sombong, megah, bongkak dan lain sifat yang boleh menghilangkan kekacakkan kita sebagai lelaki kacak. Maka akan jadilah kita lelaki kacak diantara yang terkacak di dunia dan di akhirat nanti.

Jangan lupa saksi perlawanan antara Lelaki Kacak vs Lelaki Kacak dalam Cabaran SEO lelaki 2012 ini di Stadium Google dengan kata kunci ‘LELAKI KACAK” bermula 14 Mac 2012 hingga 12 malam 15 Jun 2012. Siaran langsung atau live streaming ini dibawa khas oleh  Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, AbangensemCikgu Dahlia, Farish Ishak,PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.netLadfeAmir.com, SEO AppsBluedianthus.comHafizmohd.comUmarFaruq.com,1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee,Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector,LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Domain auc dot com Genap Setahun

السلام عليكم

Pejam celik, pejam celik, pejam celik dah genap setahun anak ulu cheka (auc dot com) berdomain rupanya. Bermula 28/1/2011 berakhir 28/1/2012 semalam.

Berbagai benda ditempohi selama setahun ini. Dari ranking kosong di alexa kini 133,114, kat Malaysia ranking alexa 582 dengan PR2, tiada apa nak dibanggakan bagi blog setahun jagung di dunia blogger ni. Mengikut rekod Google Analytics pula al Hamdulillah pageviews mencecah juga sejuta lebih bermula dari 28/1/2011 hingga 28/1/2012.

6776230021 4434f2610e Domain auc dot com Genap Setahun

Rupanya susah jugak yek, kalau setakat berdomian ok, tapi bila berhosting bermacam -macam kena jaga, terutama sekali bandwidth dan disk space, kerap kali bandwidth penuh kena topup, kira biasalah semua ni kalau berdomain dan hosting sendiri. Kadang-kadang tu terfikir juga berdomain tapi guna hosting blogspot, tak payak pening kepala, tapi hati dah terpaut pada wordppress tak kisah lah semua tu. Lagi satu sebab suka wordpress senang bemain dengan berbagai teknik SEO yang banyak disediakan, cuma atas kita nak guna atau tidak je.

Read More »

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

ألسلام عليكم

6766489293 d327e28ac2 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Semasa tinggal di asrama di Pekan sekitar tahun 1993 banyak sungguh kenangan pahit manis telah dilalui selama bergelar pelajar asrama nih. Pengalaman kena denda di sekolah banyak, kalau setakat kena pulas telinga, ketuk ketapi tu biasa je. Nak cerita yang ada nilai atau moralnya sikit (buat salah ada moral ke?). Pengalaman yang paling mencetuskan kontroversi ialah lompat pecah pagar sekolah. Sesiapa yang tak ada pengalaman kena denda kat sekolah memang tak best alam persekolahan dia dulu.

Kisah bermula di mana salah seorang dari rakan di asrama kami telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jordan. Jadi sebagai kawan yang diajar dengan semangat setia kawan maka kami pun berpakat untuk sama-sama menghantarnya (bertemu) di lapangan terbang Subang ketika itu.

Kami telah bersiap sedia untuk pergi ke Kuala Lumpur dengan menyewa lima buah kereta, seramai 20 orang berani mati (termasuk beberapa orang pengawas) untuk menjalan misi ini dan tahu akibatnya jika sampai kepengetahui warden.

Read More »

Kenapa Jadi Error 404 – Page Not Found

السلام عليكم

ِAda banyak sebab terjadinya error 404 – page not found, tu yang nak tanya pendapat semua , mungkin page dia telah di buang atau sebagainya. Pada mulanya tak perasan terjadinya page not found, rasanya kita dah betul buat post dan dah tertaman di engine carian, apa yang kita post tu ade tapi bila klik untuk buka tak boleh jadi page not found, sebagai contoh 2 gambar di awah, kenapa?

Image 15 Kenapa Jadi Error 404   Page Not Found

kenapa?

Read More »

Alexa Hot Topics

ألسلام عليكم

 Alexa Hot TopicsNi entri x tak kerja dah, dok godek sana sini,  saje-saje, di bawah ini adalah 20 kata kunci paling popular kat web (internet) sekarang ni menurut ranking alexa, hot topics ni diupdate setiap 5 minit. Jadi dia berubah setiap 5 minit, Kalau nak tengok setiap hot topics dari alexa klik sini

1. GOP debate October 11
2. Michael Jackson Autopsy photo

Read More »

Keranamu Bajet 2012

السلام عليكم

Bukan nak cerita atau kupas bajet tentang yang telah dibentangkan. Tak de satu pun kena dengan kome, kalau ade pun KWSP tu je la, Tapi satu kome dapat dari bajet semalam iaitu kunjungan pelawat atau trafik ke blog auc dot com, wow! mencanak naik disebabkan kome ade buat post mengenai live bajet beberapa hari lepas.

Image 2 Keranamu Bajet 2012

setakat jam 11 mlm

Read More »

Scroll To Top