Assalamualaikum
dari auc dot com
Siapa yang tidak kenal Anonymous? Kumpulan hacker yang popular kerana kepakarannya dalam menggodam pelbagai laman web di saentero dunia maya ni.
Baru – baru ni kumpulan hacker Anonymous secaya senyap telah mengeluarkan sistem operasi dektop mereka sendiri. Sistem operasi ini dinamakan Anonymous OS versi 0.1.
Seperti yang dinytakan oleh Slashgear, kumpulan hacker Anonymous ini dikatakan masih lagi meningkatkan keupayaan Anonymous OS yang mana ketika ini telah mencapai tahap pre-alpha.
Sistem operasi hasil kumpulan hacker Anonymous ini dilengkapi dengan banyak tool untuk hacking. Sistem operasi Anonymous OS ini sesuai untuk anda yang ingin menyertai dan merasakan dunia hacking.
Anonymous OS ini datang dengan banyak software berbahaya yang digunakan untuk aktiviti hacking haram. Anda boleh melakukan aktiviti haram seperti crack, spoof atau menembus pertahanan sebuah mainframe server.
Anonymous OS ini adalah sistem operasi yang dibangunkan dari Ubuntu Linux 11.10 dan menggunakan persekitaran desktop bernama Mate. Memang AUC guna Ubuntu Linux 11.10 tapi tak tau la pulak boleh buat sampai tahap gini rupanya.
Sama seperti distro Linux lain, anda boleh membuat bootable USB atau sebuah LiveUSB menggunakan Unetbootin untuk menjalankan sistem operasi ini melalui USB flash disk.
Tu lah kelebihan sumber terbuka sesiapa saje boleh ubah ikut kepakaran masing-masing.
Kehadiran sistem operasi khusus hacking Anonymous OS bukanlah yang pertama kali, sebelum ini telah ada distro BackTrack Linux yang cukup terkenal dikalangan hacker mahupun pemerhati keselamatan.
Anda berminat untuk mencuba? Fikirkan terlebih dahulu risikonya, ini bunyi amarannya:
“Warning: It is not developed by any Genuine Sourec, can be backdoored OS by any Law enforcement Company or Hacker. You at your own risk. “
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi



