22 May 2013 | 5:14 pm
DON'T MISS
You are here: Home » Tag Archives: Wordpress

Tag Archives: Wordpress

Feed Subscription

Botnet Serang WordPress

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Botnet Serang WordPress

botnet Botnet Serang WordPress

Sejak kebelakangan ini banyak laman web yang menggunakan CMS (Content Management System) WordPress menjadi sasaran serangan oleh botnet menggunakan kaedah brute force iaitu mensasarkan password laman web yang berasaskan WordPress.

Serangan ini ternyata hanya memberi kesan bagi mereka yang masih menggunakan username default WordPress, iaitu “admin” di laman mereka. Menurut penganalisis keselamatan kini para penyerang sedang membina sebuah rangkaian botnet besar yang jauh lebih kuat dari botnet sebelumnya.

Ketika ini lebih dari 90,000 alamat IP (Internet Protocol) yang digunakan oleh penyerang untuk melakukan serangan brute force ini. Alamat IP ini menggunakan ribuan password untuk mendapatkan kawalan laman berasaskan CMS WordPress tersebut.

[quote]Mesin-mesin yang lebih berkuasa boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan dalam serangan DDoS kerana server mempunyai sambungan rangkaian yang besar dan mampu menghasilkan sejumlah besar lalu lintas,” menurut Matthew Prince, CEO CloudFare.[/quote]

Botnet yang bernama Brobot telah melancarkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) ke bank-bank utama di Amerika Syarikat, antara lain Bank of America, US Bank, Wells Fargo, dan banyak lagi. Serangan-serangan ini memberi amaran bahawa ketikat ini botnet besar yang cukup berkuasa dan kuat sedang dikembangkan.

Serangan yang dilakukan oleh botnet ini juga merupakan isyarat pada pentadbir website yang menggunakan CMS WordPress yang masih menggunakan “admin” sebagai akaun defaultnya.

Pentadbir laman WordPress disarankan segera menukar username default “admin” dengan username lain yang unik dan sukar diteka untuk mengelakkan ancaman serangan botnet ini.

Olahan semula dari  SlashGear

admin Botnet Serang WordPressBuktinya gambar sebelah kat blog AUC sendiri, dalam tempoh sebulan 1211 cubaan meneka password admin blog AUC. Boleh dikatakan semua cubaan menembusi blog ini dengan menggunakan usename default “admin”. Bersungguh benorlah nak masuk blog ni nampaknya, hingga ada sampai 48 kali memcuba, bahaya-bahaya ni weh…

Jadi apakah yang kita perlu lakukan dalam menghadapi keadaan seperti ini, nak tak nak kena tau juga sikit-sikit. Minta pandanga otai-otai yang pakar dalam bidang ni….

Google Plus Follower Widget For WordPress

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Google Plus Follower Widget For WordPress

Google%2BPlus%2BFollower Google Plus Follower Widget For Wordpress

Baru je letak Google Plus Follower ni. Nampak macam stylo dan ringan je tu yang tertarik nak letak. Perasan tak pada gambar kat atas tu. Tak de apa cuma kebetulan je baru masuk tahun 2013, sama pulak dengan geng AUC kat 2013 have me in circles. Tu je yang nak beritahu icon smile Google Plus Follower Widget For Wordpress

Teringat zaman Google Friend Connect dulu. Selalu main follow memollow ni, siap buat entri contohnya kat SINI. Atas sebab tertentu AUC buang widget Google Friend Connect, kalau tak silap follower AUC 1700 lebih dah ketika itu.

Read More »

Domain auc dot com Genap Setahun

السلام عليكم

Pejam celik, pejam celik, pejam celik dah genap setahun anak ulu cheka (auc dot com) berdomain rupanya. Bermula 28/1/2011 berakhir 28/1/2012 semalam.

Berbagai benda ditempohi selama setahun ini. Dari ranking kosong di alexa kini 133,114, kat Malaysia ranking alexa 582 dengan PR2, tiada apa nak dibanggakan bagi blog setahun jagung di dunia blogger ni. Mengikut rekod Google Analytics pula al Hamdulillah pageviews mencecah juga sejuta lebih bermula dari 28/1/2011 hingga 28/1/2012.

6776230021 4434f2610e Domain auc dot com Genap Setahun

Rupanya susah jugak yek, kalau setakat berdomian ok, tapi bila berhosting bermacam -macam kena jaga, terutama sekali bandwidth dan disk space, kerap kali bandwidth penuh kena topup, kira biasalah semua ni kalau berdomain dan hosting sendiri. Kadang-kadang tu terfikir juga berdomain tapi guna hosting blogspot, tak payak pening kepala, tapi hati dah terpaut pada wordppress tak kisah lah semua tu. Lagi satu sebab suka wordpress senang bemain dengan berbagai teknik SEO yang banyak disediakan, cuma atas kita nak guna atau tidak je.

Read More »

Cara Mengubah Permalink Settings Mana yang Terbaik untuk SEO?

السلام عليكم

Dah dekat setahun baru faham apa gunanya permalink settings ni, Bagi pengguna wordpress permalink settings merupakan tempat untuk menyetting URL blog anda menjadi lebih search engine friendly.

Contohnya:

http://www.anakulucheka.com/ibadah-qurban-dan-aqiqah-bersama-equrban-com-online/

lebih baik dari

http://www.anakulucheka.com/2011/10/ibadah-qurban-dan-aqiqah-bersama-equrban-com-online/

Mengubah URL  WordPress menjadi URL yang lebih readable/mudah dibaca sangat efektif untuk SEO blog anda. Menurut yang diketahui, URL yang readable lebih mudah terindex dan akan diberi keutamaan dalam pencarian pada search engine. Read More »

Tutorial | Cara | Tips | Edit Themes WordPress

السلام عليكم

Dah 9 bulan mengguna wordpress, mula-mula guna dulu rasa takut camna nak edit themes wordpress yek! tu yang mula-mula bermain difikiran auc, adakah sama dengan blogspot, rupanya tidak, payah kalau nak adit terus dari admin, perlu yang betul-betul mahir dalam wordpress bolehlah. Puas menggodek 9 bulan tanpa satupun ilmu tentang wordpress, nak tanya malu, cuba baca dari blog otai-otai wordpress dan try and error, nak kata pandai tu tak la, boleh la sikit-sikit. Dah tau laaa lagi senang dari edit blogspot rupanya. Read More »

Scroll To Top