السلام عليكم

Besarnya tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya. Tapi apakah pemimpin kita mampu lakukan seperti yang disarankan oleh Allah dan Rasulnya dalam himpunan hadis berikut;

  1. Seseorang pemimpin mempunyai peranan dan pengaruh yang tinggi terhadap rakyatnya. Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya pemimpin. (Al Ghazali)
  2. Seorang pemimpin diwajibkan memberi nasihat kepada rakyatnya untuk mentaati Allah. (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)
  3. Jangan sekali-kali berlaku khianat terhadap rakyat. Pemimpin yang berkhianat kepada rakyat dan tugasnya, maka pada hari kiamat ia akan dihadapkan dalam keaadaan terbelenggu, tidak akan dibuka belenggunya sehingga ia diperiksa oleh Allah swt. atau dicampakkan ke tempat yang membinasakan. (Hadis riwayat Daromi)

  1. Tidak akan masuk syurga seorang pemimpin yang menugaskan seseorang untuk memungut sepersepuluh dari hasil orang/rakyat. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Daromi)
  2. Seorang pemimpin jangan sekali-kali menipu rakyatnya. Seorang pemimpin yang meninggal dunia sedang ia menipu rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya masuk syurga. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Seorang pemimpin yang tidak memenuhi hajat (keperluan) rakyatnya maka kelak pada hari kiamat Allah tidak akan memenuhi hajatnya pula. (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
  4. Hendaknya seorang pemimpin selalu memperhatikan keadaan orang yang dibawah pimpinannya, kerana barangsiapa yang diberi kekuasaan oleh Allah untuk memimpin sedang ia tidak memperhatikan hajat, penderitaan maupun kefakiran mereka, maka Allah tidak akan memperhatikan hajatnya, baik penderitaannya maupun kefakirannya. (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

***link berkaitan
Jika pemimpin melakukan maksiat
Siapakah pemimpin yang jahat
Sumber gaji pemimpin

AUC

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

  • akuanakpahang

    Oct 13, 2011 #1 Author


    Twitter:
    Org dahulu takut nak jadi pemimpin.. walaupun berkebolehan dan ada ilmu… org hari ini dahlah tak ada kebolehan.. tanpa ilmu nyer bantai berebut nak jadi pemimpin :(
    akuanakpahang recently posted…Wanita Lancar Mogok Seks Gara-Gara Jalan Tak Siap :)My Profile

    Reply

  • zulkbo

    Oct 13, 2011 #3 Author

    salam..
    realiti..tak mudah nak pikul
    tanggungjawab seorang pemimpin nih
    bukan hanya habuan dunia..tunggu
    pengadilan di akhirat..

    Reply

    • AUC dot com ™

      Oct 13, 2011 #4 Author

      setuju amat tu
      kat akhirat tu yg kena jaga betul
      sebb kita kekal abadi kat sana

      Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Pin It on Pinterest

Share This

Share this post with your friends!