Teka Teki Rasulullah

السلام عليكم

Teka Teki Rasulullah Teka Teki Rasulullah kurma1
sumber google

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah berteka teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: “Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?”.

Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatlan peristiwa ini berkata: “Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau di usia kanak-kanak).”

Para sahabat bertanya: “Apakah jawapannya wahai Rasulullah?”. Baginda bersabda lagi: “Kurma.” (Riwayat Muslim no. 5027 dan al Tirmizi no. 2793).

Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

sumber: Solusi

Walaupun sekadar teka-teki, tetapi Nabi sebenarnya sedang mendidik kita. Dapat difahami dari perumpamaan Nabi tersebut, suatu kehebatan ilmu yang luas berkenaan zat pemakanan manusia yang berkait dengan kurma. Jangan lupa watu berbuka mulakan dengan yang manis terutama sekali buah kurma.

 

Comments

  1. says

    salam..
    hebatnya junjungan Nabi BESAR
    Mohammmad SAW…

    ##selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus beramal ibadat di bulan penuh barakah ini dan di kurniakaan pengampunan akhirnya.Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing