Home » INFORMASI » Tema Hari Kemerdekaan 2013 ke 56

Tema Hari Kemerdekaan 2013 ke 56

hari kemerdekaan 2013 Tema Hari Kemerdekaan 2013 ke 56

Tema Hari Kemerdekaan 2013 adalah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’. Imej grafik 56 adalah simbolik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 56. Imej berwarna merah berselang-seli jalur putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbul 56 (56 tahun kemerdekaan), mewakili rakyat Malaysia perbilang kaum, membawa semangta 1Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian. Ia juga melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu padu menjaga kedaulatan negara dari tahun 1957 sehingga kini.

Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada logo ini adalah “Memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara berdaulat”.

Hmmm! baru nampak ke semangat patriotik sikit logo dan tema Hari Kemerdekaan tahun ini berbanding logo dan tema tahun lepas, ‘Janji Ditepati. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan 2013′.

Berikut adalah tema-tema Hari Kemerdekaan bermula dari tahun 1970 – 2013:

1970: Muhibbah dan Perpaduan
1971: Masyarakat Progresif
1972: Masyarakat Adil
1973: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975: Masyarakat Berdikari
1976: Ketahanan Rakyat
1977: Bersatu Maju
1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979: Bersatu Berdisiplin
1980: Berdisiplin Berbakti
1981: Berdisiplin Berharmoni
1982: Berdisiplin Giat Maju
1983: Bersama Ke Arah Kemajuan
1984: Amanah Asas Kejayaan
1985: Nasionalisme Teras Perpaduan
1986: Setia Bersatu Berusaha Maju
1987: Bersatu
1988: Bersatu
1989: Berjaya
1990: Wawasan 2020
1991: Wawasan Asas Kemajuan
1992: Bersatu Menuju Wawasan
1993: Nilai Murni Jayakan Wawasan
1994: Jatidiri Penggerak Wawasan
1995: Budaya Penentu Kecapaian
1996: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1997: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1998: Bersatu Ke Alaf Baru
1999: keranamu: Malaysia
2000: Keranamu Malaysia
2001: Keranamu Malaysia
2002: Keranamu Malaysia
2003: Keranamu Malaysia
2004: Keranamu Malaysia
2005: Keranamu Malaysia
2006: Keranamu Malaysia
2007: Malaysiaku Gemilang
2008: Perpaduan Teras Kejayaan
2009: 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
2010: 1 Malaysia, Menjana Transformasi
2011: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2012: Janji ditepati
2013: Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Link berkaitan:

Sambutan Hari Kemerdekaan 2012

Ibadah Qurban dan Aqidah di Kemboja: Tempahan dibuka sekarang, beramal sambil menjana pendapatan sesama ummah

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

8 comments

  1. blackrosehunter

    tahun ni tema memang best..banyak sangat perkara yang terjadi yang menganggu gugat keamanan negara ni.

  2. Hari merdeka hampir tiba. Pasti aku kena berbaris lagi.

  3. lebih patriotik, harap ramai yang semakin kisah, faham tema-tema hari kebangsaan.
    selamat menyambut hari merdeka.
    Denaihati recently posted…Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

  4. bendera belum siap lagi ni
    kat mana la disimpan
    TehR recently posted…Pantun Sebelum Dan Selepas RayaMy Profile

  5. Seperti biasa bendera Jalur Gemilang dan negeri Selangor sudah tersedia.

  6. semangat patriotik perlu diterapkan…
    hafiz recently posted…Minuman yang jarang dijumpaiMy Profile

  7. thanks sharing.. ;)
    dari tak tau jadi tau..

  8. ada terdengar di radio pasal tema hari merdeka tahun nih…
    papa mifz recently posted…Berjubah Dan BermainMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge