Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 1970 – 2012

Assalamualaikum
dari auc dot com

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 1970 – 2012

bendera malaysia Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 1970   2012

Kalau dilihat dari tema hari kemerdekaan dulu-dulu, nampak kepatriotiknya, nampak semangat cintakan tanah air tu. Memang kreatif dan unik dapat mengambarkan terus suasana hari kemerdekaan tersebut.

Tapi bermula tahun 2009 nampak dah tak patriotiknya, tapi ok lagi lah. Tahun 2012? JANJI DITEPATI, cam ada yang tak kena, tak ada kena mengena dengan langsung dengan hari kemerdekaan.  Belum berbicara tentang logo hari kemerdekaan yang dikritik hebat. Belum lagi berbicara tentang lagu hari kemerdekaan yang dikatakan ciplak dari lagu gereja.

Sepatutnya kerajaan pritahin dengan benda sebegini. Auc bukan parti mana-mana, tapi atas dasar rakyat Malaysia yang ingin meluakkan perasaan. Nak hari kemerdekaan ni biarlah tema, logo dan lagu dia mencermin hari kemerdekaaan tu sebenarnya, bukan mencerminkan parti politik yang seolah-olah macam ada yang tak kena. Sini salah sana salah. Ini cuma pandangan dari hati rakyat Malaysia. Anda bagaimana?

1970: Muhibbah dan Perpaduan
1971: Masyarakat Progresif
1972: Masyarakat Adil
1973: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975: Masyarakat Berdikari
1976: Ketahanan Rakyat
1977: Bersatu Maju
1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979: Bersatu Berdisiplin
1980: Berdisiplin Berbakti
1981: Berdisiplin Berharmoni
1982: Berdisiplin Giat Maju
1983: Bersama Ke Arah Kemajuan
1984: Amanah Asas Kejayaan
1985: Nasionalisme Teras Perpaduan
1986: Setia Bersatu Berusaha Maju
1987: Bersatu
1988: Bersatu
1989: Berjaya
1990: Wawasan 2020
1991: Wawasan Asas Kemajuan
1992: Bersatu Menuju Wawasan
1993: Nilai Murni Jayakan Wawasan
1994: Jatidiri Penggerak Wawasan
1995: Budaya Penentu Kecapaian
1996: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1997: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1998: Bersatu Ke Alaf Baru
1999: keranamu: Malaysia
2000: Keranamu Malaysia
2001: Keranamu Malaysia
2002: Keranamu Malaysia
2003: Keranamu Malaysia
2004: Keranamu Malaysia
2005: Keranamu Malaysia
2006: Keranamu Malaysia
2007: Malaysiaku Gemilang
2008: Perpaduan Teras Kejayaan
2009: 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
2010: 1 Malaysia, Menjana Transformasi
2011: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2012: Janji ditepati.

p/s: Janji apa yang nak ditepati lagi? dah 55 tahun kita merdeka takkan tak tepati janji lagi selama ini.  Tema merdeka pun politik jugak?

Comments

  1. says

    Salam Ukhwah. Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke 57 dengan Tema Kenegaraan dan berkonsepkan Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo yang akan digunakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Malaysia. Sayangi Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge