Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuantan Banjir Teruk

Berita terkini Kuantan banjir teruk. Air semakin naik memenuhi jalan sekitar Bandar Kuantan. Jalan-jalan yang telah dinaiki air adalah, jalan Lim Hoe Lek, jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abdul Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Beserah, Terminal Makmur dan banyak lagi.

Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini. Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

Berikut diantara gambar yang AUC ambil dari FB rakan-rakan di Kuantan.

Kuantan Banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk tepi 2Bmegamall

Tepi Megamall

kuantan banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk depan 2BKamdar

Depan kamdar

Kuantan banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk BIMB 2BMahkota 2BSquare

Depan Bank Islam cawangan Putra Square kat Malay Town

 

kuantan banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk air 2Bbanjir

kuantan banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk jalan 2Bbeserah

Jalan Beserah

Kuantan Banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk kuantan 2Bbanjir 2B1

Depan Megamall

Kuantan Banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk Kuantan 2Bbanjir

Kuantan Banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk perumahan 2Bsemambu

Perumahan Semambu

Kuantan Banjir kuantan banjir teruk Terkini: Kuantan Banjir Teruk terminal 2Bmakmur

Terminal Makmur

Harap semua keadaan terkawal… Risau rumah kat kuantan ni. Lagi teruk dari tahun lepas [ Link ]

Update: December 25, 2012 / 9:33:38 AM

Masih tidak belajar dari kes yang sama seperti tahun lepas jugak. Banjir ini dikatakan berpunca daripada pembangunan kawasan Koridor Pantai Timur (MSC) dekat sini. Sistem pembentungan dan perparitan di kawasan yang menempatkan pusat perniagaan terbesar East Cost Mall dan The Zenith Hotel itu dikatakan telah bermasalah sejak projek berkenaan disiapkan. Atas sikap sambil lewa pihak tertentu tidak hairan pada tahun 2012 ini sahaja berlaku dua kai banjir kilat besar di bandar Kuantan.

Pihak berkuasa tempatan mendakwa banjir kilat dapat diatasi dengan baik pulih sistem perparitan yang mereka lakukan sebelum ini. Namun, ternyata dakwaan itu meleset dan kini rakyat Kuantan harus berhadapan dengan banjir kilat setiap tahun andai dakwaan yang dibuat terhadap sistem pembentungan dan perparitan di kawasan berkenaan tidak diperbetulkan.

Sebelum daripada ini walau selebat mana hujan melanda Kuantan keadaannya tidaklah seburuk ini. Ia adalah yang terburuk sejak bah besar tahun 1971. Maknanya, gara-gara pembangunan tidak dirancang dengan baik, banjir kilat terus melanda dan menyusahkan orang ramai. Diharapkan pihak berkenaan digesa agar perihatin dan dapat memperbetulkan masalah ini segera, kalau tidak bersedialah wahai penduduk Kuantan dengan banjir sebegini setiap tahun.

Update: December 25, 2012 / 1:38:33 PM

Dilaporkan bawa semua jalan di bandar Kuantan telah pulih seperti sediakala. Cuma kesan banjir kilat kali ini amat mendalam bagi semua penduduk di bandar kuantan.

AUC

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

  • Sop

    Dec 26, 2012 #1 Author

    teruk jg keadaan yer
    moha cepat pulih…
    byk kerosakan harta tu

    Reply

  • Denaihati

    Dec 26, 2012 #2 Author

    bila banjir kilat, memang takde siapa yg bersedia. mudahan tak berulanglah, musim hujan masih berterusan lagi.
    Denaihati recently posted…iPhone 5 Hadiah untuk BloggerMy Profile

    Reply

  • farah

    Dec 26, 2012 #3 Author

    banjir teruk sekarang nie di musim tengkujuh, nampaknya sistem pemparitan di Malaysia masih lagi teruk dan takder penyelesaian pun sehingga sekarang … so sad…

    Reply

  • Ladfe Amir

    Dec 26, 2012 #4 Author

    banjir di semua tempat nampaknya bertambah buruk. adakah kerana pembangunan atau kerana cuaca yg tidak menentu

    Reply

  • zool

    Dec 25, 2012 #5 Author

    pergh memang parah tu

    Reply

  • hafizrahim

    Dec 25, 2012 #6 Author

    menangis owner preve..kereta baru tu..hehehe

    Reply

  • Dulu Lain Sekarang Lain

    Dec 25, 2012 #7 Author

    Kesian orang Kuantan. Harap2 cepat pulih keadaan di sana…

    Reply

  • hairulafiz

    Dec 25, 2012 #8 Author

    rasanya ni paling teruk berlaku banjir kat kuantan ni
    hairulafiz recently posted…2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

    Reply

  • hairulafiz

    Dec 25, 2012 #9 Author

    nasib sempat balik dari terengganu semalam kalau tak menempuh banjir jugak
    hairulafiz recently posted…2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

    Reply

  • papa mifz

    Dec 25, 2012 #11 Author

    teruk juga keadaan banjir di Kuantan yer…
    papa mifz recently posted…Selesai Sudah Majlis Bertunang Adik IparMy Profile

    Reply

  • Elnina

    Dec 25, 2012 #12 Author

    …hampir terperangkap dalam banjir kilat semalam di Jalan Besar…tapi berjaya melepasi zon bahaya…x sangka dapat tengok air naik deras gitu…

    Reply

  • jal

    Dec 25, 2012 #14 Author

    mengejut jer banjir sekarang ni, kalau tahun2 sebelom ni banjir awal disember ni dah nak berakhir disember baru hujan memang nak xboleh nak diramalkan

    Reply

  • hatiputera

    Dec 25, 2012 #15 Author

    Kesan hujan yang berlarutan selama beberapa hari di Terengganu mungkin telah merebak ke kuantan pulak.

    Reply

  • Noorikmal

    Dec 25, 2012 #16 Author

    Assalam… memang teruk aku tengok nie… tiap2 akhir taun mesti akan berlaku banjir… kena cari jln penyelesaian nie…

    Reply

  • mohd sjahril bin mohd afandi

    Dec 24, 2012 #17 Author

    Kepada pemilik blog, saya nak maklumkan pembetulan pada gambar yang tertera di atas. Bagi gambar yang diambil daripada bahagian dalam Bank Islam tu, itu Bank Islam cawangan Putra Square kat Malay Town. Bukannya Bank Islam Mahkota Square.Sekadar membantu pemilik blog memberikan maklumat yang tepat kepada pembacanya.

    Reply

  • Bro Zulkbo

    Dec 24, 2012 #19 Author

    Salam..
    nampak teruk banjir kali nih
    harapan semua dalam keadaan selamat
    patuhilah arahan sewaktu banjir

    Reply

  • syaifuddin alias

    Dec 24, 2012 #20 Author

    habes..baru semalam balik dari kuantan, hari ni banjir dah..hamboi

    Reply

  • Hariss

    Dec 24, 2012 #21 Author

    Waduh waduh…mcm mana bapak mau blk nik…

    Reply

  • KN

    Dec 24, 2012 #22 Author

    dah nk msuk January pun msh hujan lebat n banjir..

    Reply

  • ohcikgu

    Dec 24, 2012 #23 Author

    waduh..banjir lagi..

    Reply

  • akuanakpahang

    Dec 24, 2012 #24 Author


    Twitter:
    Salam, oit… mmg teruk betul ame ker gaya itu…
    Harap pihak terlibat jaga diri dan keluarga serta harta benda.
    akuanakpahang recently posted…INFO TERKINI BANJIR DI KUANTANMy Profile

    Reply

  • shraqs

    Dec 24, 2012 #25 Author

    Ini memang teruk nih. Selama say tinggal d Kuantan pun tak pernah alami macam ni.
    shraqs recently posted…Apple iPad mini Review KuMy Profile

    Reply

  • anif

    Dec 24, 2012 #27 Author


    Twitter:
    Benar-benar teruk ni! Masa tinggal di Kuantuan dulu tak pernah kena macam ni..
    anif recently posted…Jualan Gudang Converse Dan Yong TauhuMy Profile

    Reply

  • akubiomed

    Dec 24, 2012 #28 Author

    Teruk keadaan banjir mungkin makluman hujan lebat berlaku sehingga bulan Mac.
    akubiomed recently posted…ChurpChurp membawa khabaran gembiraMy Profile

    Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Pin It on Pinterest

Share This

Share this post with your friends!