Assalamualaikum
dari auc dot com

- Ulangkaji ilmu fardhu ain berkaitan puasa dan Ramadhan
- Perbanyakkan taubat sebelum gerbang Ramadhan
- Berniat puasa sebulan pada permulaan malam Ramadhan dan ulangi setiap malam.
- Bersahurlah kerana mempunyai hikmah tersendiri. Sebaiknya lewatkan bersahur.
- Elakkan tidur selepas sahur. Siapakan diri untuk solah subuh berjemaah di surau atau masjid
- Bangun lebih awal untuk qiamullail sebelum bersahur dengan solah sunat dll.
- Selepas solat subuh janganlah tidur kembali. Penuhi dengan membaca Al Quran atau berzikir.
- Pergilah berkerja seperti biasa dan sebaiknya dalam keaadaan berwuduk.
- Usahakan solat dhuha 2 atau 4 rakaat di tempat kerja.
- Bekerjalah dengan tekun dan amanah. Ada masa terluang penuhi dengan membaca Al Quran atau berzikir.
- Jauhi perkara maksiat dan sia-sia yang boleh merosakkan pahala puasa seperti bercakap sia-sia, umpat keji, dengar muzik melalaikan, senda gurau yang berlebihan dll.
- Usahakan untuk solah awal waktu dengan berjemaah di masjid atau surau.
- Elakkan tidur berlebihan di siang hari.
- Kurangkan menonton TV di siang hari dengan hiburan atau cerita yang melalaikan.
- Elakkan berbelanja berbuka hingga membazir membeli juadah di bazar Ramadhanjika perlu sahaja.
- Berbukalah puasa mengikut sunnah Nabi, Bermula dengan berdoa dan bersyukur dan makan makanlah yang manis (kurma)
- Solahlah Isyak di Masjid atau surau dan bawalah bersama keluarga atau anak-anak.
- Jangan makan berlebihan dan ingatlah saudara islam yang menderita kelaparan.
- Solah sunat terawih secara konsisten dari awal hinggan akhir dan dengarlah tazkirah ramadhan.
- Penuhi waktu malam dengan bertadarus Al Quran dan amal ibadat sunat yang lain.
Semoga kita beroleh barkah, nikmah dan keampunanNya…

This post has been viewed 585 times.
Keistimewaan Ramadan tiada tolak bandingnya,
Kelebihan berpuasa banyak ganjaran pahalanya,
Tip-tip seharian berpuasa banyak keuntungannya,
Haruslah dijalankan semoga kamu beroleh kejayaannya.
sensasi2020 recently posted…Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Salam ramadhan bro,,,semoga kita semua beroleh keberkatan.
hatiputera recently posted…Keyword Bermusim Sepanjang Ramadhan 2012
Banyak aktiviti yang berfaedah boleh dilaksanakan didalam bulan Ramadan.
akubiomed recently posted…Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masuk
salam aramadhan dan selamat berpuasa. mudahan tip2 ni sama mendapat manfaatnya
Selamat berpuasa..semoga puasa dijalani dengan penuh kesabaran..
Semoga kita dapat meningkatkan amalan dibulan yang mulia ini. Amin.
anif recently posted…Tips Untuk Membangunkan Anak Bersahur #2