Home » BERITA » Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone

Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone

picture%2Bwith%2Bsmartphone Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone

Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone | Tidak dinafikan sekarang keupayaan kamera telefon pintar atau smartphone terus mengalami peningkatan. Contohnya Nokia dengan teknologi PureView boleh menghasilkan kamera smartphone sampai 41 megapixel.

Namun begitu seorang jurugambar profesional Gabriel menganggap kamera pada telefon pintar adalah seperti “kamera mainan” je. Megapiksel besar tapi gambar tidak sempurna sangat. Megapixel besar tapi sensornya bagaimana? katanya di Majlis Media Gathering Fujitsu baru-baru ini.

Akan tetapi kamera pada telefon pintar amat membantu pengguna mengambil gambil di saat yang penting. Namun ada beberapa perkara mengenai teknik asas fotografi kamera smartphone perlu diketahui.

Berikut beberapa tip mengambil gambar dengan Smartphone dari Gabriel

1. Perhatikan lensa kamera

Gabriel mengatakan bahawa ramai pengguna smartphone meletakkan peranti dalam keadaan yang tidak betul. Akibatnya, apabila digunakan lensa kamera kotor dan hasil gambar yang kurang sempurna. Sebelum mengambil gambar perhatikan lensa kamera pada telefon pintar anda dalam keadaan bersih.

2. Perhatikan cahaya ruang

Kamera smartphone tidak mempunyai ciri-ciri yang menyokong pengambilan gambar dalam keadaan pencahayaan minimum. Amat  disarankan agar pengguna smartphone memperhatikan keadaan pencahayaan sebelum menangkap gambar.

3. Gunakan kualiti high

Untuk menghasilkan gambar yang baik, ada kalanya sebelum mengambil gambar perhatikan tatacara berkaitan kualiti gambar, disyorkan menggunakan kualiti yang maksimum agar memperoleh hasil yang baik.

Namun, perlu diingat apabila menggunakan kualiti gambar yang tinggi, pastinya akan memakan ruang media simpanan yang banyak.

4.Posisi mengambil gambar horizontal

Para pengguna smartphone juga disarankan menggunakan kedudukan mengambil gambar horizontal (landscape) berbanding menggunakan kedudukan menegak (potrait).

5.Gunakan komposisi 1/3 dan 2/3

Bagi anda yang telah memahami teknik fotografi, komposisi ini mungkin telah menjadi panduan utama. Namun, bagi yang belum mengetahuinya, gunakanlah komposisi 1/3 atau 2/3 bahagian untuk frame gambar yang dihasilkan gelas.

6.Gunakan perisian tambahan

Selain daripada saranan di atas, persoalannya bagaimana lagi cara nak menjadikan gambar agar kelihatan lebih menarik. Mudah je gunakan aplikasi photo editing yang banyak terdapat di Google Play dan iTunes.

Nota: Selamat mencuba tip mengambil gambar dengan smartphone ni. Jangan lupa baca 3 Blog Pilihan Terbaik AUC

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

23 comments

  1. Dah lama tak ambil-ambil gambar ni, blackberry saya pun tak terjaga sudah. Sekarang ni lensa kamera saya macam kabur sikit. huhu

  2. Tips yang best…memang saye penggune kamera smart phone tegar walaupun ade camera betul tapi malas nak usung ke mane-mane.. hehe

  3. biasa ambik gambar tapi tips2 di atas den abaikan…huhu
    papa mifz recently posted…KidalMy Profile

  4. tips yg amat bagus. patut ler gambar aku kelabu jer selama ni. lensa kotor rupanya.. huhuhu

  5. Setakat ni, beberapa kali juga terlupa nak bersihkan lensa kamera telefon dan mengakibatkan gambar yang diambil kurang baik. Kalau memang perasan waktu sedang mengambil gambar, boleh diulang, tapi kadangkala bila ambil gambar dengan cepat, tak sempat nak periksa semula gambar yang telah diambil. :D

  6. kalau kena caranya..kualiti gambar dari smartphone lagi cantik dari dslr..nice tips bro

  7. Masalah saya sekarang kebanyakkan gambar wajah yang saya ambil guna iphone 4 kadang2 terlebih kuning.

  8. bagus ikut tip2 yg betul macam ni
    Denaihati recently posted…Ajarkan Aku Menulis BlogMy Profile

  9. Bagus info ni.. Boleh dpraktikkn

  10. belum ada rezeki utk beli dslr. kamera digital pun rasa malas nak beli. jadi saya usung aje smartphone saya yg memang ada banyak aplikasi kamera.

  11. komposisi 1/3 dan 2/3 tu saya x faham lah

  12. takde smartphonelah….
    hairulafiz recently posted…3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  13. Melastik Bintang

    kalau smartphone lagi cantik dari DSLR rasanya jatuh lah DSLR pas ni..hehhe


  14. Twitter:
    Hehe..memang bagus tips yang diberikan…
    Hafizul recently posted…Giveaway Untuk Semua by Pondok KecilMy Profile

  15. Nizam Awang Brahim

    Koi suke pakai kamera biase je…

  16. Terima kasih diatas perkongsian…
    kome kadang tu main redoh aje weh :)
    akuanakpahang recently posted…CICI-CIRI LELAKI HEBAT | TIPS LELAKI YANG HEBATMy Profile

  17. Tq bro..selalu kas pakai hentam jer..ngambil gambar..

  18. Assalam, thans AUC atas infonya…

  19. nice tips. tapi slalu gune auto je

  20. Salam..
    koi masih guna Sony Ericsson J10i2
    je..5 megapixel,rasa rugi pulak nak
    singkirkan handphone nih..tunggulah
    kalau dapat iPhone5 free ke nanti..he he

  21. Kalau guna Smartphone atau telefon bimbit berkamera mengunakan manual mod berbanding auto mod.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge