Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone

smartphone smartphone Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone picture 2Bwith 2Bsmartphone

Tip Mengambil Gambar dengan Smartphone | Tidak dinafikan sekarang keupayaan kamera telefon pintar atau smartphone terus mengalami peningkatan. Contohnya Nokia dengan teknologi PureView boleh menghasilkan kamera smartphone sampai 41 megapixel.

Namun begitu seorang jurugambar profesional Gabriel menganggap kamera pada telefon pintar adalah seperti “kamera mainan” je. Megapiksel besar tapi gambar tidak sempurna sangat. Megapixel besar tapi sensornya bagaimana? katanya di Majlis Media Gathering Fujitsu baru-baru ini.

Akan tetapi kamera pada telefon pintar amat membantu pengguna mengambil gambil di saat yang penting. Namun ada beberapa perkara mengenai teknik asas fotografi kamera smartphone perlu diketahui.

Berikut beberapa tip mengambil gambar dengan Smartphone dari Gabriel

1. Perhatikan lensa kamera

Gabriel mengatakan bahawa ramai pengguna smartphone meletakkan peranti dalam keadaan yang tidak betul. Akibatnya, apabila digunakan lensa kamera kotor dan hasil gambar yang kurang sempurna. Sebelum mengambil gambar perhatikan lensa kamera pada telefon pintar anda dalam keadaan bersih.

2. Perhatikan cahaya ruang

Kamera smartphone tidak mempunyai ciri-ciri yang menyokong pengambilan gambar dalam keadaan pencahayaan minimum. Amat  disarankan agar pengguna smartphone memperhatikan keadaan pencahayaan sebelum menangkap gambar.

3. Gunakan kualiti high

Untuk menghasilkan gambar yang baik, ada kalanya sebelum mengambil gambar perhatikan tatacara berkaitan kualiti gambar, disyorkan menggunakan kualiti yang maksimum agar memperoleh hasil yang baik.

Namun, perlu diingat apabila menggunakan kualiti gambar yang tinggi, pastinya akan memakan ruang media simpanan yang banyak.

4.Posisi mengambil gambar horizontal

Para pengguna smartphone juga disarankan menggunakan kedudukan mengambil gambar horizontal (landscape) berbanding menggunakan kedudukan menegak (potrait).

5.Gunakan komposisi 1/3 dan 2/3

Bagi anda yang telah memahami teknik fotografi, komposisi ini mungkin telah menjadi panduan utama. Namun, bagi yang belum mengetahuinya, gunakanlah komposisi 1/3 atau 2/3 bahagian untuk frame gambar yang dihasilkan gelas.

6.Gunakan perisian tambahan

Selain daripada saranan di atas, persoalannya bagaimana lagi cara nak menjadikan gambar agar kelihatan lebih menarik. Mudah je gunakan aplikasi photo editing yang banyak terdapat di Google Play dan iTunes.

Nota: Selamat mencuba tip mengambil gambar dengan smartphone ni. Jangan lupa baca 3 Blog Pilihan Terbaik AUC

AUC

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

  • Naziman

    Dec 16, 2012 #1 Author

    Dah lama tak ambil-ambil gambar ni, blackberry saya pun tak terjaga sudah. Sekarang ni lensa kamera saya macam kabur sikit. huhu

    Reply

  • Nadot

    Dec 11, 2012 #2 Author

    Tips yang best…memang saye penggune kamera smart phone tegar walaupun ade camera betul tapi malas nak usung ke mane-mane.. hehe

    Reply

  • papa mifz

    Dec 11, 2012 #3 Author

    biasa ambik gambar tapi tips2 di atas den abaikan…huhu
    papa mifz recently posted…KidalMy Profile

    Reply

  • sohoque

    Dec 11, 2012 #4 Author

    tips yg amat bagus. patut ler gambar aku kelabu jer selama ni. lensa kotor rupanya.. huhuhu

    Reply

  • Eizil

    Dec 11, 2012 #5 Author

    Setakat ni, beberapa kali juga terlupa nak bersihkan lensa kamera telefon dan mengakibatkan gambar yang diambil kurang baik. Kalau memang perasan waktu sedang mengambil gambar, boleh diulang, tapi kadangkala bila ambil gambar dengan cepat, tak sempat nak periksa semula gambar yang telah diambil. :D

    Reply

  • hafizrahim

    Dec 11, 2012 #6 Author

    kalau kena caranya..kualiti gambar dari smartphone lagi cantik dari dslr..nice tips bro

    Reply

  • Suhana

    Dec 11, 2012 #7 Author

    Masalah saya sekarang kebanyakkan gambar wajah yang saya ambil guna iphone 4 kadang2 terlebih kuning.

    Reply

  • Denaihati

    Dec 10, 2012 #8 Author

    bagus ikut tip2 yg betul macam ni
    Denaihati recently posted…Ajarkan Aku Menulis BlogMy Profile

    Reply

  • Wanayu

    Dec 10, 2012 #9 Author

    Bagus info ni.. Boleh dpraktikkn

    Reply

  • Ladfe Amir

    Dec 10, 2012 #10 Author

    belum ada rezeki utk beli dslr. kamera digital pun rasa malas nak beli. jadi saya usung aje smartphone saya yg memang ada banyak aplikasi kamera.

    Reply

  • Juan

    Dec 10, 2012 #11 Author

    komposisi 1/3 dan 2/3 tu saya x faham lah

    Reply

  • hairulafiz

    Dec 10, 2012 #12 Author

    takde smartphonelah….
    hairulafiz recently posted…3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

    Reply

  • Melastik Bintang

    Dec 10, 2012 #13 Author

    kalau smartphone lagi cantik dari DSLR rasanya jatuh lah DSLR pas ni..hehhe

    Reply

  • Hafizul

    Dec 10, 2012 #14 Author


    Twitter:
    Hehe..memang bagus tips yang diberikan…
    Hafizul recently posted…Giveaway Untuk Semua by Pondok KecilMy Profile

    Reply

  • Nizam Awang Brahim

    Dec 10, 2012 #15 Author

    Koi suke pakai kamera biase je…

    Reply

  • akuanakpahang

    Dec 10, 2012 #16 Author


    Twitter:
    Terima kasih diatas perkongsian…
    kome kadang tu main redoh aje weh :)
    akuanakpahang recently posted…CICI-CIRI LELAKI HEBAT | TIPS LELAKI YANG HEBATMy Profile

    Reply

  • relevan

    Dec 10, 2012 #17 Author

    Tq bro..selalu kas pakai hentam jer..ngambil gambar..

    Reply

  • Noorikmal

    Dec 10, 2012 #18 Author

    Assalam, thans AUC atas infonya…

    Reply

  • nohoho

    Dec 10, 2012 #19 Author

    nice tips. tapi slalu gune auto je

    Reply

  • Bro Zulkbo

    Dec 10, 2012 #20 Author

    Salam..
    koi masih guna Sony Ericsson J10i2
    je..5 megapixel,rasa rugi pulak nak
    singkirkan handphone nih..tunggulah
    kalau dapat iPhone5 free ke nanti..he he

    Reply

  • akubiomed

    Dec 10, 2012 #21 Author

    Kalau guna Smartphone atau telefon bimbit berkamera mengunakan manual mod berbanding auto mod.

    Reply

  • anif

    Dec 10, 2012 #23 Author


    Twitter:
    :D Tips menarik ni..
    anif recently posted…AFF Suzuki Cup 2012 – Malaysia vs ThailandMy Profile

    Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Pin It on Pinterest

Share This

Share this post with your friends!