Assalamualaikum
dari auc dot com
Ultrabook kini terus memberi saingan pada pencabarnya, terkini ultrabook bukan sekadar untuk kerja biasa, tapi kini ultrabook dengan kad grafik Nvidia GeForce dicipta khas untuk gaming. Antara jenama mula mengeluarkan ultrabook untuk gaming adalah Asus, Acer dan Gigabyte ketika dipameran Computex 2012.
Gigabyte U2442N dan U2442V

Gigabyte ultrabook gaming siri U2442N dan U2442V yang dikuasai oleh prosesor Intel Core i7 untuk U2442N dan Intel Core i7 ULV (Ultra-Low Voltage) untuk siri U2442V.
Kedua-duanya menggunakan skrin berukuran 14 inci dengan resolusi 1600 x 900 pixel dan menggunakan Nvidia GeForce 640M dengan VRAM 2GB untuk grafisnya serta dilengkapi hardisk berukuran 750GB.
Asus UX32

Sementara itu, Asus juga menawarkan ultrabook gamingnya melalui siri Asus UX32 yang menggunakan skrin berukuran 13 inci. Meski layarnya hanya 13 inci, namun resolusi yang ditawarkan Asus UX32 mencapai 1920 x 1080 pixel atau full HD. Ultrabook gaming dari Asus ini dikuasai oleh prosesor Intel Ivy Bridge dan grafik menggunakan Nvidia GeForce GT 620M.
Acer M5-481TG dan M5-581TG

Acer juga mempamerkan ultrabook gamingnya melalui siri M5-481TG dan M5-581TG, perbezaan keduanya pada saiz skrin dan cip grafik yang digunakan.
Acer M5-481TG menggunakan skrin berukuran 14 inci dengan resolusi 1366 x 768 pixel dan menggunakan grafik Nvidia GeForce GT 640M LE. Sedangkan siri M5-581TG menggunakan skrin berukuran 15 inci dengan resolusi sama dengan siri M5-481TG serta menggunakan grafik Nvidia GeForce GT 640M.
Seperti yang dikatakan dari Fudzilla, ultrabook gaming ini didakwa mampu memainkan pelbagai game yang berat kerana adanya cip grafik generasi terbaru Nvidia GeForce. Harga dan keluarnya ultrabook gaming ini masih belum diketahui.
p/s: sebenarnya ni dalam dilema mana ultrabook yang terbaik untuk dibeli antara Toshiba Z830, HP Folio 13, DELL XP 13, HP Envy 14 Spectre. Semua ada kelebihan dan kekurangan.
This post has been viewed 1134 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


cuba Toshiba Portege Z830 Ultrabook, alhamdulillah belum mengcewakan lagi.
terima kasih bro beri pendpat.
memang Z830 ni pertama dalam senarai, setelah servey dibuat z830 memenuhi semua spec yg dikehendaki berbanding ultrabook yg lain
bro, ni yg buat aku pon mcm nak angkat satu ni, rasanya ultrabook pon best sebab aku rasa DVD drive aku pon mcm x pernah guna jer, hehe
kiranya alasan terbaik utk tukar ke ultrabook ni
Semakin hebat pesaingan antara pengeluar ni. Apa pun pilihannya semuanya tertakluk kepada budget yang disediakan. Tentunya lebih besar julatnya lebih baik spec!

anif recently posted…Ini Bukan Jangkitan Biasa, Ia Sudah Jadi Wabak!
tu lah tengah2 servey ni