Windows 7 Update sehingga Tahun 2020

السلام عليكم

Berita gembira bagi anda pengguna komputer yang memakai sistem operasi Windows 7 dan Windows Vista. Microsoft sebagai induk kedua-dua sistem operasi tersebut telah memerpanjang perkhidmatan pelanggan hingga lima tahun ke depan untuk sokongan extended bagi penggunaan individu.

Sokongan penuh ini akan berlaku bagi setiap edisi sistem operasi yang akan mula dilanjutkan sekitar 10 tahun dari tarikh keluaran. Untuk Windows 7 hingga 14 Januari 2020, dan Windows Vista hingga 11 April 2017.

Microsoft menawarkan sokongan mainstream dan extended untuk sistem operasi dan produk lain. Sokongan utama berlangsung selama lima tahun dan merangkumi semua upgrade besar untuk software serta update keselamatan, pembaikan bug, dan patch lain.

Untuk Windows XP Microsoft akan menghentikan sokongan pada bulan April 2014. Dan ini berlaku bagi komputer yang memakai sistem operasi untuk individu ataupun perniagaan. Ini bererti mereka tidak akan menerima update berkala dari Microsoft dalam dua tahun lagi.

Microsoft telah mendesak ‘paksa’ pengguna Windows XP di seluruh dunia untuk segera berhijrah ke sistem operasi terbaru. Windows 7 misalnya. Namun Mircosoft cenderung menyarankan pengguna untuk tidak memakai Windows 8 lagi.

“Microsoft telah memerbarui keterangan Support Lifecycle Policy untuk memperjelas bahawa edisi pengguna semua sistem operasi desktop kita berhak menerima lima tahun perkhidmatan sokongan mainstream dan extended,” papar pihak Microsoft.

Pihak Microsoft akan menambahkan jika semua edisi sistem operasi tersebut akan tetap menerima update keselamatan selama mereka menggunakan service pack terbaru.


This post has been viewed 4049 times.

15 Responses to Windows 7 Update sehingga Tahun 2020

  1. akubiomed says:

    Saya masih mengunakan Windows XP kalau hendak menaik taraf Windows 7 banyak hardware sudah tidak compatible. :-)

  2. joyiman says:

    Sudah lama tak singgah sini,sudah berubah wajah

  3. faizfakhirin says:

    Microsoft dh cuak…tu dia buat mcm2 promotion..dulu sombong…
    faizfakhirin recently posted..Isu Ayam : Idea Kejam Lagi GilaMy Profile

  4. Jomtonton says:

    Kome masih setia pada XP ni.. Sekarang pun tengah guna XP :)

    Bukan tak nak guna yang baru, tetapi XP os paling stabil dan ringan. Walaupun banyak sofware teknikal diinstall, XP masih ‘rock’. Forever in time kool bak kata Cromok.. heheheh..

  5. Denaihati says:

    betul, berita baik utk win 7. cuma win xp n nak berhijrah ke win 7, kena keluar modal sikit. kalau ada insentive cthnya dpt 50% diskaun bagus juga. utk syarikat kena modal besar…hu hu
    Denaihati recently posted..Arsenal vs Tottenham and Carling Cup FinalMy Profile

  6. gamep01nt says:

    bagus, mkin lama support makin stable (Y)
    gamep01nt recently posted..Free Desktop WallpaperMy Profile

  7. anif says:

    Windows XP masih relevan.. walaupun OS ni sudah lama berada dalam pasaran.

    Dalam masa 2 tahun ni, pengguna boleh merancang untuk bertukar kepada OS yang lebih baik..
    anif recently posted..Aktiviti Hujung Minggu #2My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
blogr.myFree Auto Malaysia Backlinks Blogged.myMy Ping in TotalPing.comPing your blog, website, or RSS feed for Free